Skip to main content

Hiburan

7 selebriti didenda langgar SOP kawalan pergerakan bersyarat dalam majlis buka puasa

Seramai tujuh selebriti didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
7 selebriti didenda langgar SOP kawalan pergerakan bersyarat dalam majlis buka puasa

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 08:08PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 08:10PM

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh selebriti didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata enam individu masing-masing didenda RM1,500 (S$485) kerana tidak memakai pelitup manakala penganjur yang juga seorang selebriti didenda RM10,000 (S$3236) kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis diadakan. 

“Semua yang terlibat telah dikompaun semalam dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000 (S$6149),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan untuk mengenakan denda terhadap semua individu itu dibuat selepas pihaknya menerima kembali kertas siasatan kes daripada Pejabat Peguam Negara semalam (21 Jun).

Pada 2 Mei lalu, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang turut dihadiri beberapa artis. 

Siasatan turut dilakukan selepas gambar penganjuran majlis berkenaan tular di media sosial yang memaparkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis berkenaan. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita