5 Soalan Bersama… Judika
Setiap kali penyanyi Indonesia papan atas iaitu Judika menyanyi secara ‘live” di mana-mana, tarikan vocal suara serak-serak basah bernada tingginya itu akan menawan penonton yang hadir.
Judika. (Gambar: Jud1ka/Instagram)
BERITAmediacorp: Setiap kali penyanyi Indonesia papan atas iaitu Judika menyanyi secara ‘live” di mana-mana, tarikan vocal suara serak-serak basah bernada tingginya itu akan menawan penonton yang hadir. Itu juga yang beliau pamerkan baru-baru ini apabila bapa dua orang anak itu ketika menyanyi pada malam Anugerah Planet Muzik 2018.
Terkini, Judika sedang sibuk menyiapkan album kompilasi lagu-lagu pop daerah pula di mana lagu-lagu bertemakan cinta dari suku Batak, Bandung, Sulawesi dan Papua New Guinea akan dimuatkan menerusi sebuah album tersebut.
Dalam segmen 5 Soalan Bersama…Judika kali ini, BERITAmediacorp bertanyakan kepada beliau tentang suara serak-serak basahnya, tentang makan dan ‘shopping’ di Singapura, serta juga tentang ‘Judika Clothing’.
(Gambar: Jud1ka/Instagram)
SOALAN 1.
BERITAmediacorp: Apakah suara Judika secara asli memang serak-serak basah dari dulu lagi?
JUDIKA: Kalau di Indonesia ini dipanggil serak-serak becek (berlumpur). Memang begini aku kan tidak bisa buat suara pura-pura, ada juga penyanyi lain yang cara nyanyinya dibedakan kalau menyanyi. Tapi kalau aku dari dulunya nyanyinya seperti ini. (Wah, kalau ada yang katakan suara Judika seksi, bagaimana?) Bersyukur kerana dulu aku juga suka nyanyi lagu-lagu nada tinggi. Penyanyi idola aku seperti Michael Bolton, Bryan Adams adalah penyanyi tenor. Aku ok aja, kalau ada katakan suara aku seksi tapi orangnya aja tidak seksi (ketawa).
SOALAN 2
BERITAmediacorp: Mengapakah Judika memilih merakamkan lagu duet dengan Siti Nurhaliza?
Judika: Sebenarnya sebelum aku ada album, aku udah ngefans (minat) sama Siti dari zaman dulu. Bercita-cita bikin kolaborasi sama dia. Suaranya luar biasa. Di APM 2016 sudah ada keinginan untuk bikin duet. Aku suka banget lagu duet ini. Aku tunggu momen ini.
SOALAN 3
BERITAmediacorp: Kalau ke Singapura, apakah yang gemar dimakan bersama keluarga?
JUDIKA: Aku kalau makan itu agak susah ya karna aku seleranya pada makanan Cina dan masakan Indonesia. Nasi Padang Singapura kan berbeda dari Indonesia? Yang penting ada telur dadar saja, dari kecil memang suka. Enak dimakan dengan apa sahaja. Telur sama kopi tidak pernah membosankan aku. (Betulkah Judika tidak minum ais?) Ia akan bikin suara kita beku. Ada beberapa makanan yang berminyak, minuman yang mengandungi susu, berlendir untuk tekak itu bahaya untuk aku bila menyanyi. Ais bikin suara kita terbatas bila menyanyi, bila kita mahu nyanyi nada tinggi bikin kita tersedak dan “terseliuh”.
SOALAN 4
BERITAmediacorp: Bila kali terakhir Judika “shopping” di Singapura?
JUDIKA: Dua atau tiga tahun lepas, untuk melihat lampu-lampu Krismas di Orchard Road. Aku kan suka shopping di sini. Banyak tempat berbelanja untuk aku dan anak-anak . Aku bawa keluarga dan mertua ke Universal Studios juga. (Jadi, di mana pilihan Judika apabila berbelanja di Singapura?) Shopping lebih mencari pakaian untuk aku buat persembahan. Di Indonesia kan tempatnya terpisah-pisah tapi kalau di sini kan sepanjang satu jalan itu banyak gedung. Kita bisa lihat banyak jenama yang tidak ada di Indonesia. Kekadang sepatu ada yang lebih mahal di sini tapi terkini. Kalau sudah suka tidak fikir tentang harga.
(Gambar: Freda Hassan)
SOALAN 5
BERITAmediacorp: Judika turut berniaga kini dengan koleksi pakainnya iaitu Judika Clothing. Mengapa anda berniaga juga seperti artis lain?
JUDIKA: Peminat yang mintak aku hasilkan clothing line aku sendiri. Lama-lama aku fikir mengapa tidak aku cuba, kan? Aku lihat di Indonesia banyak sekali kekayaan budaya seperti batik, makanya aku aplikasikan batik meskipun untuk T-shirt, ada jaket yang guna kain batik juga untuk Judika Clothing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.