Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

3 sebab untuk tonton siri realiti CNA tentang kru kurang upaya bertugas sebagai cef

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ernawati Fauzana Zakaria, dilahirkan dengan masalah katarak kongenital, disahkan menghidap glaukoma pada usia 10 tahun.

Beliau tidak dapat melihat objek dengan jelas.

Namun, beliau dilatih oleh ibunya untuk menggunakan pisau dan memasak sejak usia kecil. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang cef satu hari nanti.

Ia menjadi kenyataan apabila beliau bertemu dengan seseorang yang mempunyai visi, iaitu seorang pengasas perusahaan sosial, Aaron Yeoh.

"Beliau fikir tiada majikan yang ingin menggajikan seorang cef yang kurang daya penglihatan," kata Encik Yeoh.

"Jadi mengapa tidak kita menubuhkan kiosk makan dan menguji hipotesis ini?"

Ia merupakan projekyang mengambil masa tiga tahun. Walaupun tiada pengalaman dalam bidang makanan dan minuman (F&B), Encik Yeoh memutuskan untuk meneruskan rancangannya dengan dua cef kurang daya penglihatan.

Terdapat lapan minggu lagi sebelum Cafe Kunyah dibuka. Ia sebuah kiosk yang menjual sandwic dan hidangan nasi dalam mangkuk di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), semasa CNA Insider mula merakamkan perjalanan pasukan itu sambil mereka berusaha mencapai matlamat mereka.

Jerih perih dan drama belakang tabir kisah mereka ini diceritakan dalam rancangan 'Our Blind Kitchen'. Ia merupakan siri realiti tiga episod.

Berikut tiga sebab mengapa ia harus ditonton.

1. LIHAT BAGAIMANA CEF BELAJAR MENYESUAIKAN DIRI

Selain Erna, seorang lagi anggota kumpulan yang juga kurang daya penglihatan ialah Alex Seow.

Seow merupakan bekas cef komersial yang kehilangan 70 peratus daya penglihatannya pada usia 50 tahun, disebabkan masalah kesihatan.

Jadi, bagaimana mereka menyukat dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak?

Ini selain memastikan makanan dimasak dengan betul dan bagaimana mereka menggunakan peralatan seperti mesin penggoreng?

Bolehkah mereka melakukannya di bawah tekanan, terutama sekali ketika kiosk harus dikendalikan dan terdapat pelanggan lapar yang mahu dilayan?

2. RANCANGAN TENTANG KEUPAYAAN INDIVIDU, BUKAN KEKURANGAN

Ruang dan menu mungkin direka semula, namun siri tersebut bukan tentang kekurangan upaya seseorang.

Sebaliknya, ia menceritakan tentang cabaran mana-mana perniagaan F&B yang dialami pada permulaan, sama ada dari segi dinamik pasukan atau cabaran pada saat akhir.

Apa yang anda lihat, itulah perkara sebenar yang berlaku.

Akhirnya, persoalannya adalah sama ada anda melihat pasukan itu bukan sebagai individu kurang upaya atau mempunyai kelebihan untuk melihat, tetapi sebagai individu yang dapat difahami dan biasa seperti orang lain.

3. BABAK TIDAK DIJANGKAKAN

Sebagai cef, Encik Seow lebih suka mengikut gerak hati, yang semakin kuat sejak bertahun-tahun lamanya sebelum kehilangan penglihatan. Erna pula, lebih mengutamakan ketepatan dan prosedur operasi standard.

Bagaimana mereka dapat bekerjasama di dalam dapur yang sempit?

Kesalahan dilakukan dan perasaan marah makin membara, terutama sekali pada waktu yang genting. Misalnya, sesi merasa makan yang akan dihidangkan kepada tetamu diundang.

Tiga hari sebelum hari pembukaan, seorang anggota kumpulan baru diperkenalkan.

Ia merupakan babak tidak dijangkakan bagi Cafe Kunyah.

Bolehkan pasukan itu mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama sebelum kafe itu dibuka?

Dapatkan jawapannya dalam rancangan 'Our Blind Kitchen'.

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan