3 legenda rock Malaysia akan bersatu atas satu pentas di konsert TRIAD
Buat julung-julung kali, penyanyi rock legenda Malaysia Awie akan membuat persembahan konsert di mana beliau akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Buat julung-julung kali, penyanyi rock legenda Malaysia Awie akan membuat persembahan konsert di mana beliau akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock.
Tiga kugiran ikonik berkenaan ialah Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya (yang kini dianggotai oleh Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae).
Konsert bernama TRIAD yang dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025 pada pukul 8.30 malam.
Lebih istimewa lagi, konsert itu bakal melakar nama dalam Malaysia Book of Records, di mana seorang penyanyi berjaya mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
“TRIAD adalah tentang penyatuan atau menyatukan bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock yang sebenar. Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu malam di mana sejarah akan tercipta, dan semangat rock akan terus hidup.
"Alhamdulillah dan sudah pastinya saya teruja untuk bersama-sama dengan peminat dan rakan-rakan legenda yang lain di atas pentas yang luar biasa ini,” kata Awie, seperti dinukil Media Hiburan.
Beliau turut menambah, konsert itu juga satu impian yang menjadi kenyataan memandangkan usaha untuk menggabungkan tiga kugiran ikonik bersama seorang penyanyi bukanlah satu tugas yang mudah.
“Ia memerlukan doa, fokus, dedikasi, dan komitmen untuk memastikan kesihatan serta stamina berada di tahap maksimum.
“Semua ini perlu diperhatikan demi memberikan persembahan terbaik untuk para penyokong seni tanah air. Dengan izinNya, Insya-Allah,” katanya lagi seperti dinukil Media Hiburan.
Tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapatkan menerusi laman web ubertickets.asia.
Harga tiket bermula RM258 (S$77.96)hingga RM10,000 (S$3,015) (VIP Box).

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.