Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

3 ikon muzik Melayu bergabung di pentas konsert Muzik Lagenda di S'pura Ogos ini

Anggaran Waktu Membaca:
3 ikon muzik Melayu bergabung di pentas konsert Muzik Lagenda di S'pura Ogos ini

Gambar: Sumber web/Bandwagon Asia

SINGAPURA: Tiga ikon muzik Melayu kegemaran ramai bakal menggegarkan pentas di Panggung Victoria pada Ogos ini.

Mereka ialah Ratu Rock, Ella;penyanyi veteren lagenda, Zamani Slam dan penyanyi serta penggubah muzik kelahiran Singapura, Awi Rafael.

Gabungan ketiga-tiga bakat besar itu begitu menarik sehingga tiket-tiket tempahan awal sudahpun habis dijual, menurut catatan Newsantara Asia di Facebooknya.

Sekalipun demikian, para peminat masih boleh membeli tiket-tiket berharga $75, $95, $120 dan $160 untuk menyaksikan konsert yang akan diadakan pada pukul 8.00 malam, 27 Ogos 2022.

Para peminat bakal dihiburkan dengan lagu-lagu hit dan duet yang menjadi kegemaran peminat.

Awi Rafael yang berjaya mengukir nama di negara jiran sudah menghasilkan karya lagu-lagu popular di dalam carta muzik, termasuk untuk penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza, serta untuk beberapa filem dan rancangan.

Konsert Muzik Lagenda itu merupakan projek sulung Newsantara Asia yang dibentuk melalui kerjasama Awi Rafael dengan Timbre Group, menurut laman Hear65.

Ia juga akan menjadi konsert pertama Ella dalam tempoh dua tahun. Siapa yang tidak kenal dengan lagu-lagu Ella sepanjang tiga dekad kerjayanya, seperti Dua Insan Bercinta, Baldu Biru dan Sepi Sekuntum Mawar Merah. Inilah antara halwa telinga yang boleh dijangkakan peminat.

Nyanyian Ella akan diiringi Awi Rafael dan band baru beliau, KASABLANKA.

Seorang lagi penyanyi veteran, yang boleh disifatkan sebagai malar segar dan tak lapuk dek zaman, Zamani Slam bakal memukau peminat dengan alunan suaranya yang merdu.

Para peminat Zamani boleh bersiap sedia untuk sama-sama bernyanyi lagu-lagu hit Slam serta lagu-lagu kontemporari daripada album solonya Zamani.
Sumber : Sumber Web/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan