Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

2 selebriti Indonesia diberkas kerana dipercayai terlibat dalam pelacuran online

Dua selebriti Indonesia diberkas pada Sabtu (5 Jan) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran yang ditawarkan menerusi wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
2 selebriti Indonesia diberkas kerana dipercayai terlibat dalam pelacuran online

Pelakon Indonesia Vanessa Angel (kiri) dan peragawati Avriellia Shaqqila diberkas di sebuah hotel Surabaya pada 5 Jan. (Gambar-gambar: VanessaAngelOfficial/Instagram, AvrielliaS/Twitter)

Diterbitkan : 07 Jan 2019 10:51AM Dikemas Kini : 07 Jan 2019 10:54AM

JAKARTA: Dua selebriti Indonesia diberkas pada Sabtu (5 Jan) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran yang ditawarkan menerusi wadah online.

Salah seorang daripadanya ialah pelakon Vanessa Angel, manakala seorang lagi selebriti, menurut media tempatan ialah Avriellia Shaqqila.

Laman berita Indonesia, Detik melaporkan bahawa kedua-duanya diberkas dari dua bilik berlainan di sebuah hotel di Surabaya.

Menukil Ketua Polis Jawa Timur Arman Asmara, Detik menyatakan bahawa siasatan melalui media sosial menunjukkan Avriellia mengenakan bayaran 25 juta rupiah (S$2,380), sementara Vanessa pula mengenakan bayaran 80 juta rupiah (S$7,618).

Agensi berita Antara melaporkan bahawa selain dua selebriti itu, pihak berkuasa turut mengambil keterangan daripada empat saksi dan tiga suspek lain.

Awal dari itu, Vanessa, 27 tahun, memuat naik menggunakan ciri InstaStory di laman media sosialnya untuk memberitahu para peminatnya bahawa dia sudah tiba di Surabaya bagi urusan kerja.

"Jumpa anda di @townsquaresurabaya," tulisnya.

Pengurus Vanessa Angel yang dikenali hanya sebagai Lidya, berkata bahawa beliau tidak tahu pelakon itu terlibat dalam kegiatan pelacuran online sambil menambah bahawa "Vanessa ke Surabaya untuk menjadi hos bagi satu acara."

Vanessa mengeluarkan satu kenyataan untuk memohon maaf, sambil berkata bahawa "dia menyedari kesilapannya menjejas ramai orang", menurut agensi berita Tempo.

"Saya akan mengikut prosedur siasatan seperti yang diperlukan," tambahnya.

Menurut TribunNews, pihak berkuasa menerima maklumat tentang kes itu daripada orang awam.  

Sumber : Agensi berita/CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan