Skip to main content

Hiburan

2 ‘Search’ bakal gegar KL Jun ini

Anggaran Waktu Membaca:
2 ‘Search’ bakal gegar KL Jun ini

Gambar: Agensi berita/ Malaysiakini

Diterbitkan : 28 Apr 2022 10:08AM Dikemas Kini : 28 Apr 2022 11:40AM

KUALA LUMPUR: Perpecahan kumpulan rock legenda tanah air Search mungkin memberi tuah kepada peminat.

Ini kerana para peminat berpeluang menyaksikan dua konsert kumpulan itu - satu yang menggunakan vokalis lama Amy dan satu lagi anggota baru dari Indonesia Denden Gonjalez, lapor Malaysiakini.

Search versi Noordin, Kid, Yan, Minn dan Denden akan beraksi di atas bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, pada malam 11 Jun.

Sementara Search versi Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal pula akan beraksi di dewan konsert bertaraf dunia yang baru Zepp Kuala Lumpur pada 4 Jun–seminggu sebelum itu.

Amy mengumumkan konsert yang dinamakan Konsert Endemik, yang menurutnya akan menjadi “konsert terbaik” mereka.

“Tempat ini ada semua kemudahan untuk sebuah konsert bertaraf antarangsa.

“Dan saya yakin peminat kita, yang menyokong kita sejak awal, juga peminat daripada generasi lebih muda, akan mendapat pengalaman kehebatan dan kualiti Konsert Endemik dari pelbagai segi,” seperti dinukil oleh Malaysiakini menerusi Malay Mail.

Zepp Hall Network Inc hanya mempunyai 11 dewan konsert di seluruh dunia, termasuk sembilan di Jepun dan masing-masing satu di Taiwan dan Kuala Lumpur.

Dewan di Kuala Lumpur adalah yang paling terbaru dibina. Sementara itu, satu lagi kumpulan Search yang akan beraksi di bumbung Kompleks Campbell menamakan persembahan mereka sebagai Rockin' On Rooftop.

BUKAN LAGU BIASA

Pengarah projek konsert itu, Yusrizan Yusof berkata ia dijangka mempersembahkan 14 hingga 17 lagu yang jarang dan tidak pernah dimainkan dalam konsert sebelum ini, lapor Malaysiakini.

"Lagu-lagu yang biasa dimainkan dalam konsert dulu, peminat sudah hafal.

“Jadi, kali ini kita nak kelainan. Kita juga nak mainkan lagu-lagu yang ada potensi untuk menarik pasaran luar terutama Indonesia,” katanya kepada Harian Metro.
 

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita