Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

13 artis veteran M'sia terima sumbangan berjumlah RM13,000 sempena Deepavali

Yayasan Kebajikan Artis Tanahair Malaysia (YKAT) menyalurkan sumbangan berjumlah RM13,000 ($4,250) kepada 13 artis veteran.

Anggaran Waktu Membaca:
13 artis veteran M'sia terima sumbangan berjumlah RM13,000 sempena Deepavali

Pengerusi Yayasan Kebajikan Tanah Air Malaysia Dj Dave (kanan) dalam satu acara badan itu. (Gambar: Facebook/ Yayasan Kebajikan Tanah Air)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 08:41PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 08:47PM

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Artis Tanahair Malaysia (YKAT) menyalurkan sumbangan berjumlah RM13,000 ($4,250) kepada 13 artis veteran negara itu terdiri daripada golongan penyanyi, pelakon dan pemuzik bersempena sambutan perayaan Deepavali. 

Pengerusi YKAT DJ Dave dalam satu kenyataan hari ini (14 Nov) memaklumkan seramai 12 artis menerima bantuan RM900 ($294) setiap seorang berserta pakej khairat berjumlah RM100 ($33), antaranya pelakon M. Ramasamy, S. Muniandy dan Ebby Saiful.

Sementara seorang penyanyi, Cha Hwaa Am, 78 tahun, yang menjadi penyanyi sejak 1968, menerima sumbangan berjumlah RM1,000 ($327) tanpa pakej khairat. 

“Berikutan pandemik COVID-19, majlis sumbangan tahun ini tidak adakan dengan begitu meriah seperti tahun sebelum ini. Namun YKAT tetap memberikan sumbangan kepada mereka yang layak dengan cara memasukkan terus jumlah sumbangan ke akaun penerima.

“Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan YKAT kepada rakan-rakan artis yang telah berjasa kepada industri seni tanah air, meringankan beban ketika berdepan COVID-19 selain berharap dapat membantu mereka dalam persiapan menyambut Deepavali,” menurut kenyataan itu. 

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan