Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

12 lagu layak ke pentas AJL36

Komposer generasi baru terus menguasai keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang diumumkan secara langsung pada malam Sabtu (1 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
12 lagu layak ke pentas AJL36

Penyanyi Aina Abdul, Naim Daniel dan Haqiem Rusli. (Gambar: TV3Malaysia/Instagram)

Diterbitkan : 02 Jan 2022 05:14PM Dikemas Kini : 02 Jan 2022 05:14PM

KUALA LUMPUR: Komposer generasi baru terus menguasai keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang diumumkan secara langsung pada malam Sabtu (1 Jan).

Hasilnya, 12 lagu akan berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, seperti dinukil BH Online.

Penyanyi Aina Abdul, yang memenangi tempat kedua di AJL35 tahun lalu, menerusi lagu Semalam, berjaya memasuki AJL36 kali ini dengan dua karyanya.

Ia terdiri daripada Sepi dan Nafas Cinta, yang dinyanyikan secara duet dengan Khai Bahar.

Penyanyi muda Naim Daniel juga layak ke AJL36 dengan dua lagu - Purnama dan Lara.

Lara adalah lagu hasil gabungan Naim bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Menurut BH Online lagi, Haqiem juga menempa tempat ke AJL36 menerusi lagu solonya, Mimpi.

Lagu-lagu lain yang turut layak termasuk Boneka nyanyian Ernie Zakri, Salahku oleh Yonnyboii, Angkara nyanyian Siti Nordiana dan Cinta oleh Marsha Milan.

Lagu Pelukan Angkasa oleh SOG dan Shila Amzah, Intan Payung dendangan Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris dengan penyanyi rap, Bunga Isme juga bakal beraksi kelak di AJL36.

Lagu Aewo nyanyian Shiha dan Noki K-Clique juga bakal berentap pada malam kemuncak AJL36, yang belum diumumkan tarikh penganjurannya,lapor BH Online.

Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa