Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

10 lagu diumum mara ke pentas AJL39 tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
10 lagu diumum mara ke pentas AJL39 tahun depan

(Gambar: Instagram/alternate.my)

Diterbitkan : 16 Nov 2024 11:29AM Dikemas Kini : 16 Nov 2024 11:49AM
SHAH ALAM: Sebanyak 10 lagu terbaik berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada awal tahun depan.

Lebih menarik apabila AJL39 dikatakan bakal menyaksikan persaingan sengit bagi kategori vokal terbaik, apabila Aina Abdul dengan lagu Puas Sudah, Hafiz Suip (Terus Bersinar) berjaya ke peringkat seterusnya.

Selain itu, Hening Rindu nyanyian Marsha Milan, Ernie (Aura), Nadeera (Bukan Lagi Kita) dan Hael Husaini (Diam) juga tersenarai.

Turut sama ke AJL39 ialah Amir Masdi (Sengaja), Akim And The Majistret (Saksama), Masdo dan Aishah Aziz (Pujaanku) selain Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju (Risiko).

Senarai kesemua lagu ke AJL39 itu diumumkan semasa hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39), lapor Mstar. semua 30 lagu yang bertanding bagi Separuh Akhir Muzik-Muzik (SMM39) diketuai oleh Edry Abdul Halim, Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad.

Izzue Islam dan Fiza Frizzy yang menjadi pengacara SFMM39, bersiaran secara langsung selama dua hari iaitu pada Khamis (14 Nov) dan Jumaat di TV3 dan Tonton.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan