10 filem Melayu dengan kutipan terendah; antaranya ialah Badang
Filem Malaysia seperti "Hantu Kak Limah" dan "Munafik 2" yang ditayangkan baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan ramai, dengan meraih jumlah kutipan tiket paling tinggi dalam sejarah industri perfileman negara itu, lapor Sinar Harian.

Bidong The Boat People meraih kutipan RM3,000. (Gambar: @bidongtheofficialmovie/Instagram)
KUALA LUMPUR: Filem Malaysia seperti "Hantu Kak Limah" dan "Munafik 2" yang ditayangkan baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan ramai, dengan meraih jumlah kutipan tiket paling tinggi dalam sejarah industri perfileman negara itu, lapor Sinar Harian.
Di sebalik kejayaan filem-filem tersebut, ada juga beberapa filem tempatan, menurut Sinar Harian, yang gagal mendapat kutipan tiket yang baik di pawagam.
Bagaimanapun, filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik dan begitulah sebaliknya.
Filem-filem tersebut masing-masing mempunyai kelebihan dan sasaran yang tersendiri.
33 buah filem sudahpun ditayangkan di Malaysia sehingga Ogos lalu.
Menurut Sinar Harian, berikut adalah 10 filem Melayu yang memperolehi kutipan paling rendah di pawagam:
- Bidong The Boat People (Mac) - RM3,000 (S$998.80)
- Enjin No. 9 (Mac) - RM7,000 (S$2,330.60)
- Qhaliq (Jun) - RM14,000 (S$4,661.15)
- This Is Pilah (Jun) - RM45,000 (S$14,982.30)
- Hantu Wangan (Mac) - RM89,000 (S$29,631.60)
- Badang (Feb) - RM93,000 (S$30,963.30)
- Busker (Jan) - RM96,000 (S$31,962.20)
- Bukan Cinta Malaikat (Jan) - RM127,000 (S$42,283.30)
- Makrifat Cinta (Feb) - RM138,000 (S$45,945.60)
- Blok 404 (Jun) - RM220,000 (S$73,246.60)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.