Skip to main content

Hasil ujian COVID-19 pelawat dari India mesti diiktiraf 'makmal bertauliah'

 Hasil ujian negatif COVID-19 yang para pelawat terpilih dari India mesti menunjukkan untuk memasuki Singapura mestilah dari makmal-makmal yang "bertauliah" di India, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil ujian COVID-19 pelawat dari India mesti diiktiraf 'makmal bertauliah'

(Gambar: REUTERS/Amit Dave)

Diterbitkan : 24 Sep 2020 11:17AM Dikemas Kini : 24 Sep 2020 11:20AM

SINGAPURA: Hasil ujian negatif COVID-19 yang para pelawat terpilih dari India mesti menunjukkan untuk memasuki Singapura mestilah dari makmal-makmal yang "bertauliah" di India, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (23 Sep).

Makmal-makmal diiktiraf itu yang memproses hasil ujian reaksi rantai polimerase (PCR), juga mesti "diiktiraf di peringkat antarabangsa atau disahkan oleh Pemerintah India", menurut kementerian itu, dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.

Ujian sebelum melakukan perjalanan itu dikenakan ke atas para pelawat yang bukan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

Semua pelawat dari India yang dibenarkan masuk ke Singapura mesti menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di sebuah kemudahan yang diperuntukkan.

Mulai Rabu, para pelawat ini juga akan diwajibkan menjalani ujian serologi sepanjang tempoh 14 hari itu.

Ujian serologi adalah ujian bagi mengesan antibodi - yang dikeluarkan tubuh untuk melawan jangkitan - dalam sampel darah. Kehadiran antibodi akan menunjukkan sama ada seseorang individu itu telah dijangkiti COVID-19 sebelum ini.

Berdasarkan laman Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), sesetengah individu juga mungkin perlu menjalani ujian swab COVID-19 sebelum tempoh SHN masing-masing berakhir, bergantung kepada hasil ujian serologi mereka.

Menurut MOH, terdapat dua tahap pemeriksaan untuk hasil ujian negatif COVID-19 yang diperlukan untuk memasuki Singapura - di lapangan terbang di India sebelum menaiki pesawat dan di pusat pemeriksaan imigresen di Singapura.

"Para pelawat yang tidak memiliki dokumen sah yang diperlukan tidak akan dibenarkan memasuki Singapura," menurut MOH, sambil menambah bahawa mereka yang memberikan dokumen-dokumen palsu untuk memasuki Singapura akan diharamkan daripada memasuki negara ini pada masa akan datang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita