Skip to main content

Iklan

Iklan

Hampir sepertiga pengawal keselamatan kata mereka pernah dianiaya: Tinjauan

Hampir sepertiga pengawal keselamatan yang ditinjau di Singapura pernah mengalami penganiayaan, sedang para pemerhati industri menggesa agar golongan pekerja ini lebih dihormati.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir sepertiga pengawal keselamatan kata mereka pernah dianiaya: Tinjauan

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 17 Jun 2020 11:36PM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 11:40PM

SINGAPURA: Hampir sepertiga pengawal keselamatan yang ditinjau di Singapura pernah mengalami penganiayaan, sedang para pemerhati industri menggesa agar golongan pekerja ini lebih dihormati.

Satu tinjauan ke atas para pegawai keselamatan privet yang diterbitkan oleh Kesatuan Sekerja Kakitangan Keselamatan (USE), dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada Rabu (17 Jun) mendapati 32 peratus daripada pegawai yang ditinjau melaporkan pernah mengalami penganiayaan di tempat kerja mereka, dengan penganiayaan paling tinggi dari orang awam.

Hampir semua yang menyatakan mereka pernah dianiaya menghadapi penganiayaan lisan, meskipun sebahagian daripada mereka mengalami kedua-dua penganiayaan lisan dan fiizkal, dengan yang lain hanya dianiaya secara fizikal.

Ia juga mendapati bahawa para pegawai keselamatan lebih berusia, lebih berisiko dianiaya di tempat kerja mereka.

Tinjaun itu meninjau 707 responden secara rambang dengan mendekati para pegawai keselamatan yang memperbaharui lesen mereka di Pusat Khidmat Pelanggan USE antara Januari dengan Februari tahun ini, bertujuan untuk menjejaki perubahan pada pendapatan, kebajikan dan prospek kerja di kalangan para pegawai keselamatan privet (SO) di Singapura.

Ia akan dilaksanakan dua kali setahun sepanjang dua tahun untuk memperolehi keputusannya.

Terdapat sekitar 48,000 pegawai keselamatan yang bekerja dengan 248 agensi di Singapura.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan