Skip to main content

Iklan

Iklan

Hampir 60% kebakaran kediaman pada musim perayaan berpunca daripada elektrik

Hampir 60 peratus kebakaran kediaman yang berlaku pada musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara berpunca daripada elektrik, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Encik Amer Yusof.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 60% kebakaran kediaman pada musim perayaan berpunca daripada elektrik

(Gambar fail: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 02:36PM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 02:43PM

PUTRAJAYA: Hampir 60 peratus kebakaran kediaman yang berlaku pada musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara berpunca daripada elektrik, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Encik Amer Yusof.

Rekod jabatan itu menunjukkan kebakaran kediaman akibat elektrik dalam tempoh tersebut pada 2016 berjumlah 293 kes (56.7 peratus), 253 kes (54.8 peratus) pada 2017 dan meningkat kepada 365 kes (58.5 peratus) pada 2018, katanya.

Menurutnya, antara faktor yang dikenal pasti adalah penggunaan tenaga elektrik berlebihan akibat penyambungan terlalu banyak alat pada satu soket, wayar rosak atau terpintal dan kecuaian mengendalikan perkakasan elektrik seperti seterika.

"Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap atau terlampau panas.

"Letakkan alat pemanas seperti seterika pada jarak satu meter daripada sebarang benda mudah terbakar sebab kadang-kadang kita lupa tutup dan apabila ia terlalu panas boleh menyebabkan kebakaran," katanya kepada Bernama.

Encik Amer turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya mencabut semua plug perkakasan elektrik daripada soket sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku semasa ketiadaan mereka.

"Ada yang anggap cukup sekadar menutup suis tetapi kadang-kadang walaupun suis itu tidak tutup sepenuhnya dan arus elektrik masih mengalir dan ada juga soket yang sudah rosak menyebabkan litar pintas.

"Sebelum balik kampung beritahu jiran-jiran untuk tengok-tengokkan rumah supaya kalau berlaku kebakaran atau perkara tidak diingini, mereka boleh hubungi pihak bomba dengan segera," katanya.

Selain elektrik, Encik Amer berkata hampir 20 peratus kebakaran musim perayaan berlaku akibat peralatan gas kerana kecuaian semasa memasak dengan 116 kes (18.6 peratus) direkodkan pada tahun lepas.

"Bila masak pada bulan puasa kita mudah letih, jadi ada yang meninggalkan dapur terlalu lama sampai terlupa. Jadi semasa masak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya," katanya.

Encik Amer berkata faktor kebakaran lain pada musim perayaan termasuk penggunaan pelita atau lilin, bunga api atau mercun dan bara api tidak dipadamkan sepenuhnya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan