Skip to main content

Iklan

Iklan

Golongan ibu bapa akan pastikan anak bawah usia 6 tahun terus pakai pelitup

Golongan ibu bapa muda yang ditemui BERITAmediacorp berkata bahawa mereka akan terus memastikan anak-anak mereka berusia enam tahun ke bawah memakai pelitup.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Golongan ibu bapa muda yang ditemui BERITAmediacorp berkata bahawa mereka akan terus memastikan anak-anak mereka berusia enam tahun ke bawah memakai pelitup.

Ini menyusuli pengumuman Pemerintah pada Rabu (23 Sep) bahawa kanak-kanak di bawah usia enam tahun kini tidak wajib memakai pelitup di tempat-tempat awam.

Sebelum ini, hanya kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak perlu memakai pelitup.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kelonggaran yang dibuat itu sejajar dengan panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa PBB (UNICEF) yang dikeluarkan bulan lalu.

Menurut kedua-dua badan itu, anak-anak kecil di bawah lima tahun tidak perlu memakai pelitup berdasarkan faktor keperluan psikososial dan pembangunan diri mereka secara keseluruhannya.

Bagi ibu bapa yang ditemui, pemakaian pelitup bagi mereka adalah satu langkah tambahan untuk mencegah penluaran COVID-19.

LEBIH BAIK SELAMAT

"Kalau pakai lebih bagus sebab kadang-kadang kita tidak tahu virus ini datang dari luar dan dia pun akan dapat," kata Cik Yana Arif yang ditemui BERITAmediacorp pada Khamis (24 Sep).

Seorang bapa muda yang mempunyai anak kecil, Encik Md Yazid, berkata: "Saya akan tetap memakaikannya pelitup kerana saya masih risau tentang COVID-19 ini tidak tahu siapa yang sakit dan siapa yang tidak sakit. Jadi lebih baik selamat daripada menyesal nanti."

Ada juga yang berkongsi bahawa walaupun mereka memahami keputusan diambil pemerintah, pemakain pelitup itu penting mentelah lagi, anak mereka sudah biasa dengan pemakaian pelitup itu.

"Anak saya, saya rasa dia pandai gunakan dan keluarkan pelitup. Jadi pada saya, saya akan tetap suruh dia gunakan untuk sementara ini," kata Encik Syed Mubarak.

Cik Surian yang mempunyai seorang anak saudara kecil berpendapat: "Pada pendapat saya, mereka harus pakai sebab sangat berisiko kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana COVID-19 boleh dipulih."

Jelas, para ibu bapa rata-rata enggan mengambil risiko dan bagi yang bersedia untuk tidak menggunakan pelitup, mereka ada alasan tersendiri.

Encik Arif yang mempunyai cucu kecil berkongsi: "Kadang-kadang budak tidak sesuai pakai kerana kadang-kadang mereka hendak tengok sana sini."

Sungguhpun lebih fleksibel, MOH bagaimanapun menambah bahawa ia "sangat menggalakkan" kanak-kanak supaya memakai pelitup atau pelindung muka ketika berada dalam sekitaran berkumpulan atau berinteraksi dengan orang lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan