Geran Pengubah Muda sokong golongan belia merealisasikan visi mereka untuk negara
Golongan belia yang ingin menyumbang kembali kepada masyarakat semasa tempoh COVID-19 boleh memanfaatkan Geran Pengubah Muda untuk memulakan inisiatif-inisiatif baru.
SINGAPURA: Golongan belia yang ingin menyumbang kembali kepada masyarakat semasa tempoh COVID-19 boleh memanfaatkan Geran Pengubah Muda untuk memulakan inisiatif-inisiatif baru.
Geran itu adalah sebahagian daripada S$30 juta yang diperuntukkan oleh Majlis Belia Kebangsaan.
Ia bertujuan membantu golongan belia merealisasikan visi mereka untuk negara ini dalam masa lima tahun akan datang menerusi Perancangan Tindakan Belia.
Satu projek yang sudah memanfaatkan geran itu ialah codeForCorona iaitu satu acara 'hackathon' secara maya untuk golongan belia mempelajari serta membina peralatan teknologi demi mencegah COVID-19.
Pasukan yang memulakan inisiatif itu berkata ia juga dapat menggalak belia lebih celik teknologi dan juga semangat keusahawanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.