GE2020: Pusat mengundi ditutup, proses kiraan undi bermula sebentar lagi
Pusat-pusat mengundi ditutup sejak 10.00 malam tadi (10 Jul).

(Gambar: Hanidah Amin)
SINGAPURA: Pusat-pusat mengundi ditutup sejak 10.00 malam tadi (10 Jul).
Maka sudah bermulalah proses kiraan undi.
Sekarang ini, kita menantikan keputusan undi sampel sebelum mendapat keputusan rasmi dari Jabatan Pilihan Raya.
Keputusan kiraan undi sampel mungkin dapat memberikan bayangan keputusan yang sebenar.
Kiraan undi sampel diperkenalkan buat pertama kali pada pilihan raya 2015.
Salah satu tujuan mengadakan kiraan undi sampel adalah untuk mencegah spekulasi dan maklumat tidak tepat daripada sumber-sumber tidak rasmi, semasa kiraan undi masih dilakukan dan keputusan rasmi belum dikeluarkan.
Prosesnya seperti berikut.
Seorang pembantu pengira kertas undi akan mengambil secara rambang 100 kertas undi dari setiap pusat mengundi dan mengira undi bagi setiap calon atau kumpulan calon dalam kes GRC.
Hasil kiraan undi sampel itu akan dijumlahkan dan keputusannya diberi dalam bentuk peratusan jumlah undi sah yang diperolehi setiap calon atau kumpulan calon.
Keputusannya akan diberikan kepada pihak media dan diterbitkan di laman web Jabatan Pilihan Raya.
Keputusan kiraan undi sampel itu bukan sesuatu yang rasmi tetapi semasa GE2015, hasilnya agak sama dengan keputusan rasminya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.