Skip to main content

GE2020: Polis siasat lelaki yang rosakkan poster pilihan raya PSP di Jurong West

Polis sedang menyiasat seorang lelaki 62 tahun, kerana disyaki merosakkan poster pilihan raya Parti Kemajuan Singapura (PSP) di sekitar Jurong West Street 92.

Anggaran Waktu Membaca:
GE2020: Polis siasat lelaki yang rosakkan poster pilihan raya PSP di Jurong West

Bendera Parti Kemajuan Singapura. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 11:18PM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 11:22PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat seorang lelaki 62 tahun, kerana disyaki merosakkan poster pilihan raya Parti Kemajuan Singapura (PSP) di sekitar Jurong West Street 92.

Polis menerima aduan pada Rabu (8 Jul) pada sekitar pukul 12.30 tengah hari bahawa sekeping poster PSP dirosakkan, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media.

Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok menjalankan siasatan dan mengesahkan identiti lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan itu, menurut kenyataan tersebut, sambil menambah bahawa lelaki itu sedang membantu dalam siasatan.

Di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, adalah satu kesalahan untuk mengubah, menurunkan, merosakkan, menghapus atau mencemarkan sebarang poster atau sepanduk pilihan raya.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$1,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan.

Ini merupakan kejadian keempat melibatkan poster pilihan raya yang dirosakkan semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum 2020.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita