GE2020: Parti Reform tidak bertanding di GRC West Coast, elak persaingan tiga penjuru
Parti Reform tidak akan bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West Coast pada Pilihan Raya Umum 10 Jul nanti, sekali gus mengelakkan persaingan tiga penjuru dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Setiausaha agung Parti Reform Kenneth Jeyaretnam.
SINGAPURA: Parti Reform tidak akan bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West Coast pada Pilihan Raya Umum 10 Jul nanti, sekali gus mengelakkan persaingan tiga penjuru dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP).
Setiausaha agung Parti Reform Kenneth Jeyaretnam, berkata dalam satu kenyataan di Facebook lewat malam Selasa (23 Jun) bahawa parti itu mengambil keputusan untuk tidak bertanding di GRC West Coast setelah "berbincang panjang lebar" dengan setiausaha agung PSP Tan Cheng Bok dan penolong setiausaha agung Leong Mun Wai.
"Kami percaya matlamat lebih penting ketika ini adalah bagi parti pembangkang untuk bersatu dan bertanding di mana semua orang ada peluang terbesar untuk menang," tulis Encik Jeyaretnam.
"Saya tidak akan mendedahkan butiran terperinci mengenai perbincangan saya bersama Dr Tan dan penolongnya di sini tetapi PSP bertanding bagi jumlah kerusi lebih kecil daripada yang dirancangkan pada awalnya dan menawarkan untuk menarik diri dari beberapa kawasan yang mereka sasarkan, sebagai ganti Parti Reform tidak bertanding di GRC West Coast."
Encik Jeyaretnam berkata berkata meskipun parti itu mempunyai "kaitan emosi yang kuat" dengan West Coast, Parti Reform "bertekad ingin menentang (Perdana Menteri) Lee Hsien Loong" dan tidak membenarkan beliau menang dengan mudah di "kubunya" di GRC Ang Mo Kio.
Beliau berkata: "Parti Reform bangga kerana mempunyai pasukan yang stabil dan berdedikasi yang bertanding di GRC West Coast dalam dua pilihan raya sebelum ini selain di GRC Ang Mo Kio. Kami bertanding di West Coast di mana tiada parti pembangkang lain yang cukup berani untuk bertanding dan di bawah keadaan yang amat sukar."
Parti Reform bertanding di GRC West Coast pada 2015 dan 2011, tetapi gagal merampas kawasan undi itu daripada PAP dalam kedua-dua persaingan. Parti PAP menang setiap pilihan raya di sana sejak kawasan undi itu ditubuhkan pada 1997.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.