GE2020 bukan hanya tentang COVID-19, penduduk harus dilindungi dari denggi: SPP
Pilihan raya umum kali ini bukan sahaja tentang isu seperti COVID-19.
SINGAPURA: Pilihan raya umum kali ini bukan sahaja tentang isu seperti COVID-19.
Isu-isu lain seperti kelompok-kelompok denggi dan bahayanya juga patut dipertimbangkan.
Demikian mesej ketua Parti Rakyat Singapura (SPP) Steve Chia pada hari terakhir berkempen.
"Kita harus sedar bahawa pada pilihan raya ini, pandemik COVID-19 bukanlah satu-satunya masalah yang membimbangkan penduduk," kata Encik Chia yang akan bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh.
"Kita harus ingat bahawa terdapat juga kelompok denggi yang berlaku di banyak kawasan. Oleh itu, saya harap NEA dan ELD dapat bekerjasama.
"Esok pada hari bertenang, mereka menghantar orang pergi membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk sebanyak mungkin kerana pada hari Jumaat, pengundi akan berdiri dan beratur untuk mengundi,"katanya.
Sementara itu, calon SPP Melvyn Chiu pula berkata bahawa partinya berpuas hati dengan kempen mereka dan tidak kesal sama sekali.
Namun Encik Chiu berkongsi bahawa masih ada lagi penduduk yang takut untuk mengundi untuk parti-parti pembangkang.
Rakan sepasukannya, Encik Osman Sulaiman pula memberi jaminan kepada pengundi bahawa undi mereka adalah rahsia dan tidak ada apa-apa yang pernah berlaku kepada mereka yang mengundi pembangkang.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.