Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Zoo haiwan jinak terbesar di Malaysia daya tarikan terbaru Perak Agrotourism Resort

 Perak Agrotourism Resort (PATRO) akan membangunkan zoo haiwan jinak (petting zoo) terbesar di Malaysia pada Oktober ini dalam usaha meningkatkan kunjungan pelawat ke destinasi pelancongan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Zoo haiwan jinak terbesar di Malaysia daya tarikan terbaru Perak Agrotourism Resort

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 10:59AM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 11:03AM

PASIR SALAK: Perak Agrotourism Resort (PATRO) akan membangunkan zoo haiwan jinak (petting zoo) terbesar di Malaysia pada Oktober ini dalam usaha meningkatkan kunjungan pelawat ke destinasi pelancongan tersebut.

Pengarah Eksekutif PATRO Mohd Radzuan Abdul Karim berkata zoo tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan, akan dibina di atas kawasan seluas empat hektar di Sungai Galah dengan kos RM5 juta (S$1.64 juta), menampilkan kombinasi tiga elemen - haiwan, tumbuhan dan alam semula jadi.

“Ini merupakan cetusan idea Menteri Besar Perak (Encik Ahmad Faizal Azumu) apabila saya membentangkan kertas kerja untuk penjenamaan semula PATRO yang ditutup sebelum ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang ditemui pemberita selepas pelancaran semula PATRO pada Khamis (17 Sep).

PATRO sebelum ini ditutup buat sementara waktu sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu akibat penularan COVID-19.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Encik Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang hadir bagi melancarkan semula PATRO, berkata pusat pelancongan lasak tersebut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pengunjung.

Diskaun tersebut yang ditawarkan sehingga Disember ini meliputi penginapan dan juga aktiviti seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), kayak, jet ski, 'paddle boat', basikal dan berkuda.

"Pembukaan semula PATRO ini dapat melengkapkan industri pelancongan di Perak dan merupakan antara usaha kita untuk menggiatkan semula aktiviti pelancongan di negeri ini,” katanya.   

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan