Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Zero Chicken Burger KFC tidak mengandungi daging ayam

Jika azam Tahun Baru anda adalah untuk mengurangkan pemakanan daging dan memilih lebih banyak hidangan yang tidak mengandungi daging, anda kini mempunyai satu lagi pilihan untuk mencuba.

Anggaran Waktu Membaca:
Zero Chicken Burger KFC tidak mengandungi daging ayam

(Gambar: KFC Singapore)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 11:02AM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 11:05AM

SINGAPURA: Jika azam Tahun Baru anda adalah untuk mengurangkan pemakanan daging dan memilih lebih banyak hidangan yang tidak mengandungi daging, anda kini mempunyai satu lagi pilihan untuk mencuba.

Ini kerana KFC melancarkan Zero Chicken Burger atau burger yang tidak mengandungi daging ayam.

Burger-burger itu akan mula dijual pada Rabu (13 Jan) dan Singapura adalah negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkannya.

Seperti tertera pada namanya, burger itu tidak mengandungi daging ayam.

Sebaliknya, patti burger itu adalah mikroprotein bebas daging yang diperbuat daripada 11 jenis herba dan rempah yang ikonik kepada hidangan KFC. Selain itu, burger itu juga dilengkapi dengan selada, kepingan keju, sos BBQ dan mayonis antara dua keping roti yang ditaburi bijan.

Meskipun patti burger itu adalah vegan, Zero Chicken Burger KFC bagaimanapun bukanlah vegan atau sesuai dimakan oleh mereka yang mengamalkan diet vegetarian.

Ini kerana sos mayonis yang digunakan bukan vegan dan patti burger digoreng dalam minyak sama yang digunakan bagi produk-produk ayam yang lain.

Pengarah kanan pemasaran dan inovasi makanan KFC Singapore, Juliana Lim berkata syarikat itu menyaksikan "trend ke arah fleksitarianisme dan permintaan yang meningkat bagi produk-produk alternatif untuk daging, jadi kami ingin menawarkan pilihan bebas daging".

Dijual pada harga S$6.95, burger itu dijual untuk tempoh terhad dan pada bilangan terhad di kesemua cawangan kecuali Politeknik Singapura dan Taman Haiwan Singapura. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan