YouTube Premium naikkan harga bagi pelan langganan di SG
Logo YouTube kelihatan di luar ibu pejabat korporat syarikat itu di San Bruno, California, pada 23 April 2025. (Gambar fail: AFP/Josh Edelson)
Yuran keanggotaan individu kini berharga S$15.98 sebulan, naik daripada S$13.98, manakala pelan keluarga, yang merangkumi sehingga enam pengguna dalam isi rumah yang sama, akan berharga S$31.98 sebulan, meningkat daripada S$27.98.
YouTube menyatakan kenaikan harga itu bertujuan untuk membolehkannya “terus menyediakan khidmat dan ciri yang baik”.
“Kami tidak membuat keputusan ini dengan sewenang-wenangnya, tetapi perubahan ini akan membolehkan kami untuk terus meningkatkan Premium dan menyokong pencipta kandungan serta artis yang anda tonton di YouTube,” menurut YouTube dalam emel tersebut.
Langkah itu diumumkan kira-kira dua tahun selepas kenaikan harga sebelumnya, dengan harga pelan individu dinaikkan daripada S$11.98 kepada S$13.98, manakala pelan keluarga meningkat daripada S$17.98 kepada S$27.98.
Di Singapura, langganan YouTube Premium membolehkan pengguna menonton tanpa iklan, memainkan kandungan di latar belakang, memuat turun kandungan untuk ditonton secara offline dan menikmati akses penuh kepada khidmat YouTube Music.
Menurut YouTube, terdapat lebih 125 juta pengguna YouTube Premium di seluruh dunia buat masa ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.