WhatsApp lancar ciri keselamatan baharu bagi lindungi pengguna daripada penggodam lebih canggih
Khidmat penghantaran mesej Meta, WhatsApp menawarkan mod keselamatan dipertingkat kepada para penggunanya, sekali gus menyertai firma-firma teknologi Amerika Syarikat lain yang membenarkan pengguna memilih untuk mendapatkan perlindungan lebih kukuh terhadap para penggodam.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
WASHINGTON: Khidmat penghantaran mesej Meta, WhatsApp menawarkan mod keselamatan dipertingkat kepada para penggunanya, sekali gus menyertai firma-firma teknologi Amerika Syarikat lain yang membenarkan pengguna memilih untuk mendapatkan perlindungan lebih kukuh terhadap para penggodam.
Ciri keselamatan baharu itu dilancarkan pada Selasa dan dinamakan sebagai 'Tetapan Akaun Lebih Ketat' (Strict Account Settings), dapat diaktifkan dengan menekan satu butang dalam tetapan WhatsApp bagi mengaktifkan beberapa langkah pertahanan.
Ini termasuk menyekat penghantaran media dan lampiran daripada penghantar yang tidak dikenali, menyahaktifkan previu pautan - iaitu lakaran kecil yang dilihat apabila URL dimasukkan ke dalam chat - dan mematikan panggilan daripada kontak yang tidak dikenali.
Ketiga-tiganya dikenal pasti sebagai wadah berpotensi untuk melakukan pengawasan dan para penggodam yang lebih canggih.
Dalam satu catatan blog, WhatsApp menyatakan walaupun semua perbualan penggunanya dilindungi menerusi penyulitan hujung ke hujung, "kami tahu bahawa sesetengah pengguna kita - seperti wartawan atau tokoh awam - mungkin perlukan langkah-langkah keselamatan lebih ekstrim terhadap serangan siber yang jarang berlaku dan sangat canggih."
Meta Platforms merupakan firma teknologi utama ketiga yang menawarkan langkah keselamatan lebih kukuh bagi pengguna berisiko tinggi.
Pada 2022, Apple melancarkan 'Lockdown Mode', yang disifatkan sebagai "perlindungan ekstrim, tidak diwajibkan" yang direka bagi "beberapa individu sahaja" yang mungkin menjadi sasaran ancaman digital lebih canggih.
Disediakan di iPhone dan macOS, ciri-ciri itu mematikan kebanyakan jenis lampiran mesej dan previu pautan serta menyekat panggilan FaceTime dan pelungsuran web.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.