WhatsApp benarkan pengguna sunting mesej selepas dihantar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
CALIFORNIA: WhatsApp memperkenalkan ciri yang dinanti-nantikan para penggunanya iaitu membenarkan mereka untuk menyunting mesej yang sudah dihantar.
"Ketika anda melakukan kesilapan atau berubah fikiran, anda kini boleh meyunting mesej yang sudah dihantar di Whatsapp," menurut aplikasi permesejan yang dimiliki platform Meta Platforms dalam satu catatan blog pada Isnin (22 Mei).
Ciri itu bakal dilancarkan secara sejagat dalam masa beberapa minggu akan datang. Para pengguna yang menghantar mesej akan dapat mengubah mesej mereka dalam tempoh 15 minit selepas ia dihantar.
Fungsi itu boleh diakses dengan menekan mesej tersebut buat seketika dan memilih 'sunting' (edit) di menu yang disediakan. Mesej yang diubah akan dibubuh label 'disunting', tanpa menunjukkan sejarah suntingan.
Aplikasi-aplikasi pesaing seperti Telegram dan Signal sudahpun membenarkan pengguna untuk menyunting mesej, manakala laman mikroblog Twitter memperkenalkan ciri untuk menyunting ciapan kepada para pengguna terpilih tahun ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.