Skip to main content

Gaya Hidup

WhatsApp bakal perkenal fungsi nama pengguna

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp bakal perkenal fungsi nama pengguna

(Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 30 Jun 2026 11:28AM Dikemas Kini : 30 Jun 2026 11:30AM
PARIS: Ratusan juta pengguna aplikasi WhatsApp selepas ini tidak perlu lagi berkongsi nombor telefon mereka untuk berbual dengan keluarga, rakan atau perniagaan menerusi kemas kini terbaharu yang akan datang, menurut kenyataan syarikat itu pada Isnin (29 Jun).

Sebaliknya, pengguna boleh memilih nama pengguna atau 'username' yang unik untuk diberikan kepada orang lain. Langkah ini "direka khas untuk melindungi privasi nombor telefon anda," jelas WhatsApp dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu, langkah mengehadkan akses nombor telefon ini bermakna nombor telefon pengguna tidak akan dikongsi secara automatik apabila dimasukkan ke dalam kumpulan sembang yang besar, atau ketika pertama kali menghantar mesej kepada individu atau akaun perniagaan.

Selain itu, Meta menyatakan, "tiada senarai direktori untuk dicari dan tiada cadangan nama pengguna yang diberikan, jadi orang lain perlu tahu nama pengguna anda yang tepat untuk menghubungi anda."

Memandangkan jumlah pengguna WhatsApp terlalu ramai - yang didakwa Meta mencecah lebih tiga bilion pengguna - ada kemungkinan ramai yang tidak akan mendapat nama pengguna pilihan utama mereka, sama seperti perkhidmatan media sosial yang lain.

Syarikat itu akan mula membuka tempahan nama pengguna secara berperingkat di seluruh dunia "dalam beberapa bulan akan datang", dan akan menghantar notifikasi kepada pengguna di setiap negara apabila ciri iniber mula di tempat mereka.

Sementara itu, golongan "pencipta kandungan, perniagaan kecil dan pertubuhan" akan dibenarkan untuk menuntut nama pengguna WhatsApp yang sama seperti yang mereka gunakan di platform Meta yang lain, iaitu Facebook atau Instagram.
Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita