WGS anjur pesta seni dan belia buat kali pertama; ketengahkan kreativiti, bakat anak Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
Pesta 'Anak Melayu' akan diadakan di Wisma Geylang Serai pada 7 November 2026. (Gambar: Wisma Geylang Serai/Facebook)
WGS organises arts and youth festival for the first time, showcasing the creativity and talent of Malay youth
- Wisma Geylang Serai organised the Malay arts and youth festival for the first time on Saturday, 7 November, from 9am to 8pm on Level 1 of WGS, Singapore.
- The free event, which was open to the public, celebrated the culture and creativity of the Malay community, with established arts practitioners and emerging talents taking part.
- Visitors could watch performances by Damai, JStyles, Fariz Jabba and Heema Izzati, as well as take part in workshops and creative activities with several local groups.
- The programme also included Graffiti Jamming, tabletop role-playing games and activities at the Heritage Gallery Open House, providing opportunities to interact, try art activities and enjoy music.
- Wisma Geylang Serai menganjurkan pesta seni dan belia Anak Melayu buat kali pertama pada Sabtu, 7 November, dari 9.00 pagi hingga 8.00 malam di Aras 1 WGS, Singapura.
- Acara percuma dan terbuka kepada orang ramai itu meraikan budaya serta kreativiti masyarakat Melayu dengan penglibatan penggiat seni mapan dan bakat baharu.
- Pengunjung dapat menyaksikan persembahan Damai, JStyles, Fariz Jabba dan Heema Izzati, selain menyertai bengkel serta kegiatan kreatif bersama beberapa kumpulan tempatan.
- Program turut merangkumi Graffiti Jamming, permainan lakon peranan atas meja dan kegiatan Rumah Terbuka Galeri Warisan, sekali gus memberi ruang untuk berinteraksi, mencuba aktiviti seni dan menikmati muzik.
SINGAPURA: Wisma Geylang Serai (WGS) akan menganjurkan pesta seni dan belia buat julung-julung kalinya pada Sabtu (7 Nov), untuk mengetengahkan kreativiti serta bakat masyarakat Melayu merentas generasi.
Pesta 'Anak Melayu' selama sehari itu, yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 8.00 malam itu, akan menghimpunkan muzik, seni dan budaya menerusi pelbagai persembahan, bengkel serta kegiatan interaktif di Aras 1 WGS.
Antara bakat tempatan yang dijadual membuat persembahan ialah Damai, JStyles, Fariz Jabba dan Heema Izzati.

Festival itu turut menyediakan ruang bagi pengunjung meneroka kreativiti menerusi kegiatan bersama Rewang Collective, FIN Crafted Goods dan Kamal Arts.
Para pengunjung juga akan berpeluang menyertai sesi 'Graffiti Jamming' bersama The BlackBook Studio serta mencuba permainan lakon peranan atas meja atau 'table-top roleplaying' bersama Boya Productions.
Selain itu, pelbagai kegiatan secara terbuka akan diadakan sempena Rumah Terbuka Galeri Warisan Geylang Serai.
Menurut WGS, festival tersebut bertujuan meraikan dan mempamerkan budaya serta kreativiti menerusi pelibatan penggiat seni mapan dan bakat baharu.
Acara itu juga membuka ruang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan penggiat seni, mencuba kegiatan kreatif dan menikmati persembahan muzik dalam satu wadah.
Pesta 'Anak Melayu' terbuka kepada orang ramai dan kemasukan adalah percuma.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.