Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Webinar, kelas senaman antara kegiatan menarik pesta kesihatan Body & Soul Fair hujung minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Edisi ketiga pesta kesihatan Body and Soul Fair kembali hujung minggu ini - pada 26 dan 27 Mac  - menerusi skrin anda dengan lebih banyak kandungan bermanfaat.

Acara kesihatan dan kesejahteraan itu akan menawarkan beberapa sesi webinar dalam empat bahasa rasmi, kelas senaman, demonstrasi memasak, jualan murah dan banyak lagi.

Body and Soul Fair edisi ketiga itu menawarkan 20 webinar online penuh dengan maklumat tentang pelbagai topik seperti kesihatan jantung, penyakit kronik, kesihatan mental dan juga waktu tidur. 

Antara seminar yang anda wajar ikuti termasuk yang bertajuk 'Kekal rasional pada masa yang menentu: Apakah yang luar biasa dalam dunia kita?' dan 'Jangan benarkan COVID-19 mengawal hidup anda'.

Meski kita sedang beralih dari pandemik kepada endemik, keadaan tidak menentu sekarang masih boleh membawa kesan yang negatif kepada kesihatan fizikal. Malah, ia juga menjejas kesihatan mental kita.

Maka, dapatkan 'mutiara-mutiara' daripada perkongsian para pakar, yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan anda.

Sesi-sesi online itu juga menampilkan personaliti-personaliti seperti DJ Mediacorp Anand K, Azura Goh, Bukoh Mary, Jean Danker, Nity Baizura and Yasminne Cheng.

Jangan ketinggalan untuk menyertai sesi senaman percuma bersama jurulatih selebriti May Phua dan juga para pakar lain - dari keselesaan rumah anda sendiri.

Bukan itu sahaja, para pengunjung boleh menjangkakan tawaran-tawaran eksklusif menarik di pesta maya itu dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga S$10,000 dengan meraih mata menerusi beberapa kegiatan yang disediakan di laman Body and Soul Fair.

Untuk membuat pendaftaran dan maklumat lebih lanjut, layari laman web bodyandsoul.sg. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan