Watsons akan kenakan bayaran bagi beg plastik setiap Selasa
Kedai Watsons di merata Singapura akan mula mengenakan bayaran bagi beg plastik pada setiap Selasa mulai 1 Dis.

(Grafik: Watsons)
SINGAPURA: Kedai Watsons di merata Singapura akan mula mengenakan bayaran bagi beg plastik pada setiap Selasa mulai 1 Dis.
Menurut peruncit itu dalam satu kenyataan media pada Rabu (25 Nov), bahawa pelanggan yang meminta beg plastik akan dikenakan bayaran 10 sen bagi "setiap urus niaga" pada setiap Selasa. Hasil kutipan tersebut akan didermakan kepada Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF)untuk menyokong usaha pemuliharaan Singapura.
Buat masa ini bayaran hanya dikenakan setiap Selasa namun inisiatif tersebut akan diluaskan kepada lebih banyak hari Bawa Beg Sendiri (BYOB), kata Watsons.
"Sebagai pemain utama dalam arena produk kesihatan dan kecantikan, kami faham tanggungjawab kami terhadap alam sekitar," menurut Pengarah Pengurusan Watsons Singapore Irene Lau.
Kempen #SayNoToPlasticBags bertujuan untuk "menggurangkan pembaziran beg plastik dan memanfaatkan sepenuhnya sumber," menurut syarikat itu.
Menurut Watsons, ia juga akan memperkenalkan beg-beg plastik yang mengandungi 50 peratus lebih kandungan plastik kitar semula, menjelang suku pertama 2021 berbanding 10 hingga 15 peratus sekarang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.