Warganet China selar langkah taman haiwan Guangdong guna anjing 'menyamar' sebagai panda
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah taman haiwan di China mengundang kemarahan ramai selepas mengaku pihaknya telah mewarnakan dua ekor anjing 'chow chow' gebu hitam dan putih untuk menyerupai panda gergasi.
Sebilangan warganet menyuarakan kebingungan, manakala ada juga geli hati dengan "anjing panda" taman haiwan tersebut.
Taman haiwan tersebut di bandar Shanwei, yang terletak di wilayah selatan Guangdong, China, merupakan insiden terbaharu dalam rentetan yang melibatkan taman haiwan China. Beberapa taman haiwan di negara itu mengundang kritikan dan sindiran orang ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini atas percubaan untuk menyamarkan haiwan peliharaan sebagai haiwan liar.
Beberapa minggu lalu, sebilangan warganet menyuarakan keraguan mereka sama ada haiwan yang dipamerkan itu merupakan panda sebenar, memandangkan mereka kelihatan dan berkelakuan seperti anjing. Ini memandangkan ia dilihat menggerakkan ekor mereka dan tercungap-cungap dalam beberapa video.
Disebabkan taman haiwan tersebut sudahpun mula dipantau dengan teliti, seorang wakil taman haiwan tampil mengakui bahawa hakikatnya, "panda" berkenaan merupakan anjing chow chow, yang diwarnai hitam dan putih.

Sumber : Agensi berita/SS/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.