Warga emas berusia 91 tahun berjaya lari 10 km dalam masa kurang 2 jam
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin menunjukkan Kim Hwa sedang meraikan kejayaannya menghabiskan larian 10KM. (Gambar: Serembanpage/TikTok)
PETALING JAYA: Siapa sangka, pada usia 91 tahun, semangat luar biasa seorang warga emas mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya menamatkan acara larian sejauh 10 kilometer dalam masa hanya 1 jam 46 minit.
Aksi hebat lelaki dikenali sebagai Uncle Ong kini dikongsikan oleh @serembanpage di platform TikTok sehingga meraih ribuan tontonan dan pujian daripada netizen yang kagum dengan ketahanan fizikal dan semangatnya, menurut laporan Kosmo! ONLINE.
Ong Kim Hwa, yang berasal dari Seremban, mencatat pencapaian membanggakan itu di acara PJ Half Marathon 2025 dan kini sudah mula merancang penyertaan dalam acara seterusnya di Kepong.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut, lapor Kosmo! ONLINE.
“Fuhhh memang terbaik stamina dia. Tabik lah pakcik ni. Untuk yang berumur 91, ini bukan perkara yg mudah,” ujar pengguna Tiktok Renjer soloz.
“Ok baik, petang ni nak sarung kasut,” kata seorang lagi pengguna TiktokEiNiAZuHK.
“Saya nak jalan 1km briskwalk pun lelah,” komen Meow, disertai emoji ketawa menurut laporan Kosmo! ONLINE.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.