Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Warga emas 90 tahun tawan Gunung Kinabalu buat kali kelapan

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Bekalkan diri dengan semangat untuk tawan Gunung Kinabalu, nasihat warga emas berusia 90 tahun, Encik Buatin Balandong yang berjaya sampai ke puncak gunung itu 5 September lalu.

Encik Buatin berkata kejayaan menawan gunung yang dikenali sebagai ‘Aki Nabalu’ dalam bahasa tempatan Kadazandusun itu merupakan kali kelapan dilakukannya dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana berdepan pelbagai cabaran.

Pesara kerajaan itu berkata tanpa semangat dan jiwa yang kental, beliau tidak akan mampu mengatasi cabaran hujan lebat dengan persekitaran berkabus dan cuaca yang amat sejuk pada hari pendakian.

“Syukur, saya berjaya mengharungi dugaan dan cabaran itu sehingga berjaya sampai ke puncak. Kali terakhir saya mendaki Gunung Kinabalu ialah pada tahun 2015 sebelum berlaku gempa bumi,” katanya kepada pemberita pada Rabu (12 Okt).

Terdahulu Ketua Menteri Hajiji Noor menghadiahkan tanjak tradisional masyarakat Sabah atau Sigar kepada anak jati Papar itu di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Encik Buatin diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau Juil Nuatim yang merupakan cucunya dan beliau juga berkongsi pengalaman bersama Encik Hajiji.

 
Encik Hajiji berkata beliau kagum dengan keupayaan Buatin dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya mendaki Gunung Kinabalu pada usia lanjut. 

“Walaupun seorang warga emas, Buatin memang hebat. Begitu cekal, kuat, mempunyai stamina tinggi sehingga mampu mendaki Gunung Kinabalu. Ini amat luar biasa dan mengagumkan,” katanya.

Kejayaan Buatin menawan puncak Kinabalu itu tular di media sosial menerusi video yang memaparkan beliau sampai di puncak tertinggi Asia Tenggara itu dan digelar netizen sebagai ‘atok’.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan