Wanita Thailand ini undang sebak netizen, melutut ucap terima kasih atas penggorbanan abang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TikTok/@chnitakotchasit
NAKHON SRI THAMMARAT: Majlis konvokesyen sering kali mengundang sebak ketika pelajar meraikan pencapaian pendidikan mereka.
Seorang wanita 27 tahun di Thailand menyentuh hati ramai netizen ketika beliau meluahkan penghargaan kepada abangnya semasa majlis konvokesyen.
Ying Chanita menyarungkan jubah konvokesyen pada abangnya sebelum melutut dan menundukkan kepalanya sebagai tanda terima kasih.
Video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok itu meraih hampir 10 juta tontonan.
Menurut AseanNow, tanda penghormatan itu dikenali sebagai 'krap thao' di Thailand. Ia dilakukan untuk menunjukkan rasa hormat yang amat mendalam.
Abang wanita itu kemudiannya menyentuh kepala Cik Chanita dengan penuh kasih sayang.
Dalam kapsyen video berkenaan, Cik Chanita menulis," Terima kasih kepada lelaki ini yang sanggup berkorban segalanya untuk adik perempuan beliau".
Cik Chanita menamatkan pengajian dari fakulti pentadbiran awam di Universiti Rajabhat di wilayah selatan Thailand, Nakhon Sri Thammarat, lapor AseanNow.
Cik Chanita mendedahkan bahawa beliau tinggal bersama abang dan ibunya. Disebabkan ibunya itu hanya bekerja sebagai penoreh getah, beliau tidak mampu memberi pendidikan kepada kedua-dua Cik Chanita dan abangnya.
Lantas, abangnya memutuskan untuk berhenti sekolah.
Ramai netizen yang amat tersentuh dengan video Cik Chanita mengucapkan tahniah dan menggalakkan beliau untuk terus mengejar impiannya.

Sumber : Agensi berita/FA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.