Wanita simpan potongan rambut dalam sarung bantal selama 67 tahun
Wanita rakyat Palestin ini menyimpan gumpalan rambutnya dalam sarung bantal.
TUBAS, TEBING BARAT: Saking sayangnya wanita ini kepada rambut beliau, Ezzeya Daraghmeh, 82 tahun mengumpulkan potongan rambutnnya selama hampir tujuh dekad dalam satu tempat khas.
Wanita rakyat Palestin ini menyimpan gumpalan rambutnya dalam sarung bantal, lapor Reuters.
Ezzeya berkata, beliau sudah mengumpulkan rambutnya yang digunting sejak berusia 15 tahun, dan menyumbatnya ke dalam sarung bantal.
"Saya sayang rambut saya dan tidak mahu membuangnya. Malah, apabila saya menyikat atau mencucinya dan ada rambut yang gugur, saya akan menyimpannya," kata wanita yang menetap di Tubas, Tebing Barat Palestin.
Rambut yang disimpannya itu pula pelbagai warna!
Ada yang hitam, coklat, kelabu, putih yang pada mulanya disimpan dalam tilam sebelum beliau memutuskan untuk menyumbatnya ke dalam sarung dan dijadian tiga bantal besar.
Bantal-bantal itu digunakan sebagai hiasan di rumah beliau.
"Allah maha besar, semua rambut ini datang dari kepala saya," ujar beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.