Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita ini pesan Lala Masak Merah, sajian diterima buatnya tergamam

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan kerja dan kesuntukan waktu sehari-hari, aplikasi penghantaran makanan seperti Foodpanda memang diperlukan orang ramai untuk memudahkan urusan. Ia boleh dipesan di mana jua pada bila-bila masa.

Jika teringin makan sesuatu sekalipun, hanya tinggal memesan menu yang diidamkan dan membeli menerusinya. Tetapi tidak dinafikan, dalam pada kesenangan itu, mungkin akan berlaku masalah yang tidak dapat dielakkan.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @fieyzaa_96 yang merupakan pelanggan Foodpanda, kesal apabila dia mendapat gantian makanan yang berbeza daripada apa yang dipesannya. Dia sudah memesan Lala Masak Merah dengan harga RM6.50 (S$1.90) tetapi digantikan sebahagiannya dengan Gulai Lemak Pucuk Ubi.

Menerusi video yang dikongsikan, peniaga restoran itu menzahirkan rasa maaf melalui tulisan kertas kerana Lala Masak Merah yang dipesan olehnya hanya tinggal sedikit sahaja.

Oleh itu, dia menambahkan selebihnya dengan Gulai Lemak Pucuk Ubi untuk menggantikan lebihan Lala Masak Merah yang hanya mampu diberi dalam jumlah yang sedikit.

“Salam, harap maaf lala masak merah tinggal sikit. Saya tambahkan gulai lemak pucuk ubi ya. Thank you,” tulisnya tanda maaf untuk mengganti lebihan lauk berkenaan.

Namun, menurut pelanggan terbabit, pucuk yang digantikan itu tidak berapa sedap dan hanya terdapat daun di dalam kuah berkenaan, bukannya pucuk seperti yang dinyatakan.

“Takde sayur lain ke nak bagi,”tulisnya untuk keterangan video gambar terbabit.

Reaksi netizen dalam ruangan komen, ada yang bersependapat dengannya dan menyatakan lauk yang diganti tidak sama nilai dengan lauk yang dipesan.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan