Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita ini akhirnya disatukan semula dengan wang RM50 yang tular dek mesej sayu arwah bapa

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ini akhirnya disatukan semula dengan wang RM50 yang tular dek mesej sayu arwah bapa

Gambar: Tuah Lim/Facebook

Diterbitkan : 24 Feb 2024 11:34PM Dikemas Kini : 24 Feb 2024 11:35PM
PAHANG: Selang 3 hari selepas beliau memuat naik catatan di Facebook miliknya mengenai penemuan sekeping wang kertas 'istimewa' di sebuah mesin ATM, lelaki itu akhirnya menemui si pemilik asal wang kertas tersebut. Dia bahkan, telah menyerahkannya kembali kepada wanita tersebut.
Dalam satu hantaran Facebook pada Selasa (20 Feb) daripada Tuah Lim, beliau berkata mungkin pemilik asal “inginkan semula duit tersebut” setelah mengeluarkannya dari mesin ATM.

Penemuan lelaki itu, yang nama sebenarnya adalah Encik Azfarul Zainol Akmar,rata-rata menimbulkan rasa sebak dalam kalangan warga net.

Apakan tidak, di wang kertas RM50 itu tertera catatan "Duit terakhir ayah bagi, 11/5/20 Al-fatihah". Ia barangkali merupakan kenangan akhir yang dikongsi si pemilik dengan arwah bapanya. Namun, ia mungkin terpaksa digunakan pemilik tersebut yang berada dalam keadaan terdesak ketika itu.

Maka, hantaran lelaki itu menjadi tular sejak beberapa hari kebelakangan ini sedang beliau serta netizen menanam hasrat untuk menyatukan semula si pemilik asal dengan wang yang diberikan arwah bapanya itu.

Yang jelas, tidak kira apa jua nilai mata wang itu, nilai peninggalan orang tersayang sememangnya tiada bandingannya.
Sumber : Sumber Web/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan