Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita hamil, bersalin harus elak pakai inai? Ini yang perlu bakal ibu tahu

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil, bersalin harus elak pakai inai? Ini yang perlu bakal ibu tahu

Gambar hiasan: sumber web

Diterbitkan : 22 Jul 2022 09:01PM Dikemas Kini : 22 Jul 2022 09:02PM
KUALA LUMPUR: Menggunakan inai memang kesukaan sesetengah wanita, cantik dipandang.

Namun yang menjadi persoalannya bolehkah ibu hamil memakainya?

Bergelar seorang ibu yang hamil bukanlah sesuatu yang mudah. Sudahlah membawa perut selama sembilan bulan 10 hari, terikat pula dengan pelbagai pantang larang supaya kandungan sihat dan selamat, seperti dinukil daripada SinarPlus.

Selain perihal pemakanan, penggunaan sesuatu pada tubuh badan juga turut dititikberatkan seperti inai.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita yang menyatakan beliau ditegur oleh jururawat kerana memakai inai ketika mengandung.
Gambar: Sumber Web
Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri memakai inai, lapor SinarPlus.

Perkongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya warga maya.
Gambar fail seorang wanita yang hamil. (AFP/Claudio Santana)
Ramai antara mereka juga mengatakan memang ditegur jururawat jika memakai inai.
Hasil pemerhatian SinarPlus, pemakaian inai oleh ibu hamil bukanlah suatu yang salah sebenarnya, hanya perlu dielakkan bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, seperti;

1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan pakar perubatan untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.

2. Ukir kuku, kalau boleh elak kerana sukar hendak suntik jarum jika tiba-tiba bakal ibu itu perlu menjalani pembedahan Caesarean.

3. Jururawat lazimnya akan memeriksa kuku pesakit untuk melihat kadar darah. Khuatir jika kuku menjadi kebiruan dan sebagainya.

4. Bagi ibu mengandung yang menghidapi penyakit Anemia, mudah untuk mengesan keadaan luar biasa dihidapi dengan memeriksa kuku mereka.

5. Sukar jika hendak memeriksa Hypoxia iaitu kekurangan oksigen dalam darah. Ia paling pantas untuk diperiksa melalui kuku si ibu.

Bagaimanapun, jikalau bakal ibu sudah ‘terpakai’ inai, jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi.

Jadi, ibu hamil yang ingin melaram, dinasihatkan untuk tunggu selepas anda sudah melahirkan ya!
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan