Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Wanita hamil 6 bulan sempurnakan larian 5km

Walaupun sedang hamil enam bulan, ia tidak menghalang Dr Jacqueline Siap, 37, daripada menamatkan larian sejauh lima kilometer (km) pada program larian santai Kelantan Unicorn pada Sabtu (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil 6 bulan sempurnakan larian 5km

Gambar hiasan orang berlari (Gambar: skeeze/Pixabay)

Diterbitkan : 12 Jan 2020 12:09AM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 12:53AM

KOTA BHARU: Walaupun sedang hamil enam bulan, ia tidak menghalang Dr Jacqueline Siap, 37, daripada menamatkan larian sejauh lima kilometer (km) pada program larian santai Kelantan Unicorn pada Sabtu (11 Jan).

Ibu yang sedang mengandungkan anak ketiganya itu berkata, penyertaannya adalah sebagai tanda sokongan kepada program larian santai itu, selain untuk kesihatan diri sendiri.

“Saya anggap ia satu riadah dan insentif, untuk memudahkan saya semasa bersalin nanti,” katanya ketika ditemui Bernama di program Larian Santai Kelantan Unicorn, di Institut Perguruan Guru, Kampus Kota Bharu.

Isteri Tengku Mahkota Kelantan Cik Puan Sofie Louise Johansson, turut menyertai larian santai Kelantan Unicorn itu, bersama lebih 5,000 peserta.

Jacqueline yang juga Pegawai Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berkata, beliau tidak memaksa dirinya untuk berlari laju, tetapi hanya berlari-lari anak.

“Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan larian dalam tempoh 1 jam 20 minit, walaupun terlambat dari peserta lain, saya berpuas hati menamatkan larian, di samping tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang larian.

“Lagipun, ketika waktu bekerja saya sudah terbiasa dengan banyak berjalan, jadi sedikit sebanyak ia membantu saya untuk terus bertenaga hari ini,” katanya. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan