Wanita di SG hidap barah payudara pada usia lebih muda, hanya didiagnosis sudah di tahap lanjut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Thinnapob/iStock)
SINGAPURA: Pakar bedah barah payudara Dr Anthony Tang sudah biasa merawat pesakit barah payudara dalam lingkungan usia 30-an, malah juga 20-an.
Baru-baru ini, beliau merawat seorang wanita berusia 30-an tahun yang sudah dua tahun hidup dengan ketumbuhan sebesar 5 sentimeter.
Ketika datang untuk melakukan pemeriksaan, barah itu sudah di tahap 2, kata Dr Tang kepada Mediacorp.
Wanita di bawah usia 45 tahun yang menghidap barah payudara tahap awal semakin meningkat, tambah Dr Tang, pengarah perubatan di The Breast Clinic.
"Namun, disebabkan persepsi bahawa hampir mustahil bagi orang muda mendapat barah payudara, sering kali mereka yang merasakan benjolan pada payudara mungkin tidak menghiraukannya," kata Dr Tang.
Oleh itu, Dr Tang pesakit yang datang ke kliniknya sering sudah berada pada peringkat 2 atau tiga.
BARAH PAYUDARA AWAL
Dr Tang yang sudah menjadi pakar bedah barah payudara sejak lebih 20 tahun berkata pada masa lalu, kebanyakan pesakitnya adalah wanita yang sudah putus haid, berusia lewat 50-an atau 60-an tahun.
Namun kini, satu daripada enam wanita yang menghidap barah payudara berusia bawah 45 tahun. Pesakit paling muda yang pernah dirawat Dr Tang baru berusia 22 tahun.
Barah payudara peringkat awal selalunya lebih agresif, seing dikesan sebagai barah tiga negatif atau HER2 positif, kata Dr Tang.
Perubahan budaya menyumbang kepada jumlah ini, katanya.
"Mempunyai anak sebelum usia 35 tahun, menyusu badan dan mempunyai lebih ramai anak boleh mengurangkan risiko barah payudara," jelasnya. Bagaimanapun, lebih ramai wanita di Singapura kini tidak mempunyai banyak anak, melahirkan pada usia lebih lanjut, dan memilih untuk tidak menyusukan anak.
Baka dan mendapat haid pada usia lebih muda juga meningkatkan risiko barah payudara.
"Malangnya, banyak faktor ini sebahagian besarnya di luar kawalan kami," kata Dr Tang.
Bagaimanapun, dua faktor risiko yang diketahui meningkatkan risiko barah payudara - gaya hidup yang tidak aktif dan berat badan berlebihan - boleh ditangani.
Mempunyai gaya hidup aktif dan diet yang baik bukan sahaja mengurangkan risiko barah payudara, ia juga mengurangkan risiko barah dan penyakit lain, seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, tambahnya.
KENAPA LAMBAT DIAGNOSIS
Dr Tang mendapati ramai wanita muda mengabaikan benjolan pada payudara mereka buat tempoh yang lama sebelum berjumpa doktor.
"Dengan barah payudara, tanda yang paling jelas ialah benjolan, hampir tiada gejala lain. Tidak rasa sakit atau kurang selesa,” katanya.
"Orang ramai selalu berfikir bahawa barah dan perkara yang berbahaya harus mempunyai tanda amaran - ia sepatutnya menyakitkan. Malangnya, barah payudara tidak timbulkan rasa sakit. Ia tidak mengganggu kehidupan mereka. Jadi mereka tidak fikir bahawa ia berbahaya.
"Ia secara perlahan membesar. Dan lama kelamaan kemungkinan ia boleh merebak ke bahagian tubuh lain semakin meningkat,” tambah Dr Tang.
Memandangkan ia bukan perkara biasa bagi wanita muda untuk menghidap barah payudara, sesetengah doktor keluarga (GP) juga mungkin menganggap benjolan berkenaan tidak berbahaya, kata Dr Tang.
Meskipun benar bahawa benjolan payudara adalah perkara biasa dan selalunya tidak berbahaya, dan anda tidak perlu berasa cemas, ia juga adalah gejala barah payudara yang paling biasa, dan perlu diperiksa oleh pakar.
Kadangkala, wanita menangguhkan melakukan pemeriksaan kerana rasa takut, kata Dr Tang. “Beranikan diri dan berjumpa doktor anda apabila anda kesan sesuatu yang baharu.
"Jika anda mengesan [barah]pada peringkat awal, rawatannya lebih mudah. Anda mungkin tidak memerlukan begitu banyak jenis rawatan seperti kemoterapi. Anda hampir pasti boleh menyelamatkan payudara anda. Dan jika anda merawat barah pada peringkat awal, ia pasti akan menyelamatkan nyawa,” katanya.
DIAGNOSIS PADA WANITA LEBIH MUDA
Wanita antara 40 dengan 49 tahun disyorkan untuk menjalani mamogram setiap tahun.
"Sama ada anda rasa sakit, kesan benjolan atau tidak, itu tidak penting. Sila pergi untuk menjalani mamogram sekali setahun. Kerana mamogram akan mengesan perubahan awal, yang mungkin tanda awal barah payudara,” nasihat Dr Tang.
Mamogram tidak disyorkan untuk wanita di bawah 40 tahun kerana wanita muda mempunyai ketumpatan payudara yang lebih tinggi yang menjadikan mamogram kurang berkesan dalam mengesan barah.
Sebaliknya, dari usia 20 tahun, wanita harus mula melakukan pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan. Anda boleh menonton video di laman web Persatuan Barah Singapura atau di laman web Yayasan Barah Payudara mengesan sebarang benjolan.
“Dari usia 20-an, semua wanita harus mula cuba mengenali tubuh mereka dengan lebih baik. Jika mereka merasakan sesuatu yang baharu, terutamanya jika terdapat benjolan yang keras, pastikan ia diperiksa,” kata Dr Tang.
Walaupun benjolan adalah tanda barah payudara yang paling biasa dalam kalangan wanita muda, gejala lain termasuk cecair berdarah yang keluar daripada puting, puting masuk ke dalam atau sakit, kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara, kata Dr Tang.
Tanda-tanda barah lain yang jarang berlaku termasuk ruam berterusan di sekitar puting dan areola yang tidak hilang selepas rawatan daripada GP, atau tompok merah pada kulit di payudara yang tidak hilang walaupun rawatan antibiotik dari GP, tambahnya.
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap barah payudara juga perlu lebih proaktif dalam menjalani pemeriksaan.
Secara panduan, mulakan saringan barah payudara 10 tahun lebih muda daripada usia ahli keluarga termuda yang menghidap barah payudara, syor Dr Tang.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.