Wanita dengan penyakit lupus masih ada peluang hamil, ada bayi sihat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: iStock/FatCamera
SINGAPURA: Penyakit autoimun seperti lupus diklasifikasikan sebagai keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat membezakan antara virus, bakteria dan sel-sel sihat badan itu sendiri - dan menyerang sel-sel sihat ini dan bukannya kuman. Gejala lupus termasuk sakit otot dan sendi, ruam, keguguran rambut, sensitiviti pada cahaya, keletihan yang melampau, pembekuan darah dan anemia.
Kaum wanita sembilan kali lebih berkemungkinan daripada lelaki untuk didiagnosis dengan lupus, atau systemic lupus erythematosus (SLE). Lazimnya, diagnosis berlaku semasa usia 15 hingga 45 tahun.
Bagi wanita yang menghidap lupus, pelbagai persoalan bermain di minda mereka terutamanya kebimbangan tentang peluang untuk hamil dengan selamat dan bayi dilahirkan sihat.
RANCANG KEHAMILAN
Sesungguhnya, keinginan wanita yang menghidap penyakit autoimun lupus untuk hamil dengan selamat, boleh tercapai, kata Adjung Profesor Madya Faith Chia, perunding kanan di Jabatan Rheumatologi, Alahan & Imunologi Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Malahan dalam kebanyakan kes, proses kehamilan berjalan lancar dan bayi dilahirkan sihat.

Walaubagaimanapun, wanita penghidap lupus yang hamil dianggap mempunyai kandungan berisiko tinggi.
Umumnya, untuk kehamilan yang lancar, Prof Madya Chia berkata gejala penyakit lupus mereka harus terkawal dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan sebelum mengandung.
KEHAMILAN BERISIKO TINGGI PERLUKAN JAGAAN BERSEPADU
Di Singapura, Pusat Risiko Tinggi Obstetrik Sehenti atau STORK di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH), menyediakan penjagaan bersepadu untuk wanita dengan kehamilan yang berisiko tinggi dan rumit.
Di kemudahan itu, mereka boleh menerima rawatan obstetrik daripada beberapa pakar perubatan pelbagai disiplin yang bekerjasama untuk membantu wanita dengan kehamilan berisiko tinggi.
"Kami amat menggalakkan kaunseling sebelum kehamilan untuk mencapai penjagaan ibu dan neonatal yang terbaik," kata Profesor Madya Tan Lay Kok, ketua Jabatan Perubatan Fetal Ibu di KKH.
"Wanita yang menghidap lupus mesti sedar bahawa kehamilan mereka adalah kehamilan berisiko tinggi."
Pakar obstetrik-sakit puan juga menekankan bahawa wanita yang menghidap lupus mesti merancang kehamilan mereka.
"Ini membolehkan masa untuk menilai tahap dan berapa teruk penyakit lupus mereka; untuk hasil terbaik, ia mesti tidak aktif."
Prof Madya Tan, yang terlibat dalam kajian di Singapura ke atas 75 wanita hamil yang menghidap lupus dan simptom mereka dikawal dalam tempoh 16 tahun di Hospital Besar Singapura (SGH), berkata bilangan pesakit lupus yang berjaya hamil adalah “ empat hingga lima pesakit” setahun.
KOMPLIKASI KEHAMILAN DENGAN LUPUS
Walaupun mempunyai peluang hamil tetapi wujud risiko untuk berlakunya komplikasi kehamilan tertentu berbanding wanita yang tidak menghidap penyakit lupus.
Mereka juga mungkin berdepan masalah lain semasa mengandung.
Beberapa komplikasi kehamilan yang timbul daripada lupus termasuk:
- Keguguran
- Pertumbuhan janin tidak membesar dengan baik
- Preeklampsia di mana ibu mengalami gangguan tekanan darah tinggi semasa kehamilan pada peringkat awal
- Trombosis urat dalam di mana pembekuan darah berlaku di bahagian bawah kaki
- Embolisme pulmonari di mana pembekuan darah berlaku di dalam paru-paru
- Air ketuban pecah sebelum waktunya
- Bayi lahir tidak cukup bulan
- Kelahiran mati (stillbirth)
Ibu hamil yang menghidap lupus juga mungkin mengalami 'flare' iaitu keadaan di mana gejala penyakit mereka bertambah teruk ketika berbadan dua. Keadaan ini paling kerap berlaku pada tiga bulan pertama atau kedua mengandung. Kebanyakannya ringan.
KEADAAN KESIHATAN BAYI
Terdapat risiko pada bayi dalam kandungan juga.
Menurut Prof Madya Tan terdapat antibodi yang menyerang Ro, protein yang terdapat di pusat kawalan sel.
"Antibodi anti-Ro melintasi plasenta dan menyasarkan jantung bayi (dalam kandungan), menyebabkan sekatan jantung kongenital atau degupan jantung bayi yang perlahan."
Beliau berkata ini memberi kesan kepada 2 peratus bayi ibu yang menghidap lupus.
Sekiranya terdapat bayi yang pernah terjejas, ia meningkat sebanyak 20 peratus untuk anak kedua dan kepada 40 peratus untuk anak ketiga, tambah Prof Madya Tan.
Semasa dilahirkan, bayi dengan keadaan disebut lupus neonatal juga mungkin mengalami ruam kulit, masalah hati atau tahap sel darah rendah.
Walaupun ruam yang terjadi nampak menakutkan, tetapi ia tidak menjejaskan kesihatan si kecil.
Biasanya ruam ini akan hilang dalam tempoh 6 bulan dan tidak mendatangkan sebarang kesan berpanjangan pada bayi.
PENJAGAAN SEMASA HAMIL
Di Hospital Besar Singapura (SGH), wanita yang menghidap lupus dirujukkan ke Klinik Obstetrik Rheumatologi (ROC) di Pusat Kehamilan Berisiko Tinggi (CHiRP). Sama seperti STORK KKH, doktor dan pasukan perubatan bekerjasama untuk menguruskan komplikasi penyakit yang sedia ada.
Doktor mengesyorkan agar ibu mengandung melakukan perkara berikut:
1. Jumpa pakar dengan kerap
Prof Madya Chia dari TTSH berkata bakal ibu yang menghidap lupus perlu berunding dengan pakar reumatologi mereka setiap dua hingga empat minggu, terutamanya pada trimester terakhir. "Setiap lawatan, mereka akan menjalani ujian darah dan air kencing, sejarah lengkap dan pemeriksaan fizikal serta semakan ubat-ubatan mereka Dr Tan dari SGH berkata: “Ibu SLE sentiasa dipantau di klinik bersama seperti ROC dan CHiRP.
Pemantauan tetap jantung bayi semasa imbasan ultrasound memastikan pertumbuhan janin yang optimum dan dapat mengesan tanda-tanda jantung tersumbat.
2. Kenali gejala, perubahan normal atau tidak
Disebabkan badan berubah semasa mengandung, Prof Madya Chia juga memerhatikan bahawa wanita mungkin sukar untuk membezakan perubahan ini daripada gejala lupus mereka. Contoh biasa ialah keletihan, sakit sendi, sesak nafas, dan kaki atau buku lali bengkak.
Tindakan terbaik adalah berkongsi gejala tersebut bersama doktor mereka jika berlaku sesuatu yang luar biasa.
3. Uruskan ubat-ubatan dengan pasukan perubatan anda
Dr Tan dari SGH berkata, meneruskan makan ubat yang ditetapkan adalah kunci untuk mengawal penyakit, terutamanya jika ibu masih mengalami simptom.
Prof Madya Chia berkata: “Wanita lupus boleh meneruskan kehidupan normal. Ramai pesakit kami bekerja, mempunyai seorang atau lebih anak, dan mempunyai kehidupan yang tenang dan memuaskan semasa menguruskan penyakit ini."

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.