Skip to main content

Gaya Hidup

VTL S'pura-Bintan: Pilih antara 4 resort ini untuk percutian anda

Pulau Bintan di Indonesia sentiasa menjadi destinasi percutian popular bagi warga Singapura. Perjalanan feri yang hanya mengambil masa 50 minit dari Singapura, destinasi pelancongan itu menawarkan pelbagai daya tarikan termasuk pantai yang indah, aktiviti sukan air menyeronokkan dan banyak lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pulau Bintan di Indonesia sentiasa menjadi destinasi percutian popular bagi warga Singapura. Perjalanan feri yang hanya mengambil masa 50 minit dari Singapura, destinasi pelancongan itu menawarkan pelbagai daya tarikan termasuk pantai yang indah, aktiviti sukan air menyeronokkan dan banyak lagi.

Bermula 25 Februari 2022, pelancong boleh menikmati perjalanan dua hala, bebas kuarantin, antara Singapura dengan Bintan menerusi aturan khas perjalanan laut.

Walau bagaimanapun, ia hanya dihadkan dalam kawasan Lagoi Bintan sahaja, yang mempunyai beberapa pusat peranginan.

Anda boleh membuat tempahan di empat tempat ini:

BANYAN TREE BINTAN

banyan tree bintan
Gambar: Banyan Tree Bintan


Banyan Tree Bintan menawarkan pelbagai penginapann jenis vila bagi mereka yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk bandar. Sempena pelancaran aturan perjalanan khas pada Jumaat, Banyan Tree Bintan menawarkan pakej penginapan dua malam dari sekarang hingga 27 Mei 2022.

Kadar penginapan di vila Rainforest Seaview yang menawarkan pemandangan mempersonakan bermula dari S$990 bersih untuk satu malam pada hari-hari biasa dan S$1,090 bersih bagi satu malam pada hujung minggu. Pakej ini termasuk sarapan pagi dan set makan tengah hari untuk dua orang, khidmat kereta ulang alik dari terminal feri Bintan, lawatan menggunakan basikal secara percuma, pengalaman jejak renjer serta kelas memasak makanan Indonesia.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini

CASSIA BINTAN

cassia bintan
Gambar:  Cassia Bintan


Juga di bawah Banyan Tree Group, Cassia Bintan ialah pusat peranginan bagi seisi keluarga yang menawarkan penginapan jenis apartmen, masing-masing dengan ruang tamu, makan dan dapur.

Pakej Lawatan Pertama pusat peranginan ini berharga dari S$290 bersih bagi satu malam pada hari-hari biasa dan S$390 bersih satu malam pada hujung minggu untuk penginapan di apartmen satu bilik. Ini termasuk sarapan setiap hari, potongan 25 peratus unutk melawat Laguna Golf Bintan, khidmat bas ulang alik dari terminal feri Bintan, lawatan berbasikal secara percuma, pengalaman jejak renjer dan kelas memasak Indonesia.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini

THE SANCHAYA

sanchaya bintan
Gambar:  The Sanchaya


The Sanchaya ialah pusat peranginan tepi pantai gaya kolonial yang menawarkan 29 vila dan bilik jenis suite serta kediaman peribadi. Antara daya tarikannya termasuk pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan, selain kolam renang yang dikelilingi pokok palma.

Harga bermula dari S$689 bagi satu malam. Tempat makanan dan minuman F&B yang terdapat di resort itu pula termasuk restoran al fresco Thai Grill serta restoran The Dining Room yang menawarkan pemandangan laut.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini

NATRA BINTAN

natra bintan
Gambar: Natra Bintan


Anda juga boleh menikmati percutian gaya 'glamping' di Natra Bintan. Pusat peranginan di bawah Kumpulan syarikat Marriott itu menawarkan 100 khemah mewah bertemakan safari dekat lagun air masin buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.

Tetamu boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti air dan darat di dalam dan sekitar lagun. Pusat peranginan ini juga mempunyai sungai bakau peribadi. Pada waktu malam, nikmati unggun api atau barbeku berbumbung langit dan bintang. Harga bermula dari S$243 bagi satu malam.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita