Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

voco Orchard Singapore hotel 'baru' di tengah bandar; tawar promosi penginapan dari S$230++

Meskipun sempadan Singapura dengan dunia sudah dibuka secara beransur-ansur, melancong ke luar negara boleh dianggap sebagai sesuatu yang mewah di tengah-tengah pandemik ini. Maka, khabar tentang pembukaan sebuah hotel baru dalam negara tentunya satu berita gembira yang dialu-alukan.

Anggaran Waktu Membaca:
voco Orchard Singapore hotel 'baru' di tengah bandar; tawar promosi penginapan dari S$230++

Bilik tetamu di hotel voco Orchard Singapore. (Gambar: voco Orchard Singapore)

SINGAPURA: Meskipun sempadan Singapura dengan dunia sudah dibuka secara beransur-ansur, melancong ke luar negara boleh dianggap sebagai sesuatu yang mewah di tengah-tengah pandemik ini. Maka, khabar tentang pembukaan sebuah hotel baru dalam negara tentunya satu berita gembira yang dialu-alukan.

Hotel voco Orchard Singapore baru sahaja membuka pintunya kepada orang ramai bulan ini dan sempena meraikan pembukaannya itu, ia melancarkan tawaran "staycation".

Tetamu boleh menempah pakej penginapan voco Experience dari 7 Januari hingga 28 Februari bernilai S$230 setiap malam bagi satu bilik, dengan tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 26 Februari.

Sebagai cenderahati kecil, tetamu akan dijamu biskut berempah sewaktu pendaftaran masuk ke hotel. Mereka juga berpeluang menggunakan kemudahan bilik mandi yang mesra alam, keluaran syarikat jagaan kulit organik berasaskan tumbuh-tumbuhan dari New York, Apotheke.

Terletak di antara pusat beli-belah Far East Shopping Centre dengan Forum the Shopping Mall, voco Orchard Singapore sebenarnya dahulu merupakan hotel Hilton Singapore yang sudahpun diberi nafas serta sentuhan baru.

voco orchard singapore
(Gambar: voco Orchard Singapore)


Selepas kerja-kerja ubah elok, ia kini hotel voco pertama di Asia Tenggara dengan menempatkan 423 bilik tetamu, kolam renang atas bumbung, gim, ruang-ruang mesyuarat serta acara dan lobi hotel yang berubah wajah untuk menjadi lebih segar lagi bertenaga.

voco orchard singapore hotel
(Gambar: voco Orchard Singapore)


Hotel itu berada di bawah naungan kumpulan hotel IHG. Maka itu, tetamu yang berdaftar dalam program IHG Rewards masih boleh mengumpulkan mata kesetiaan atau 'loyalty points' sekiranya ingin berjimat sedikit untuk penginapan yang seterusnya dalam negara.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan