Video viral Balai Bomba Tampines, peluang kenali petugas barisan hadapan kecemasan
Pada keesokan hari, mereka memilih empat paramedik wanita untuk menari dalam video memaparkan gaya yang sama dengan video muzik lagu itu, untuk dimuat naik di akaun Instagram balai bomba tersebut. Mereka juga menambah beberapa variasi pada cabaran tarian online itu.
Pada hari yang sama, mereka selesai membuat rakaman dan menyunting video bagi disiarkan di Instagram Reel.
Pegawai Waran 2 (WO2) Muhammad Nursyahrin Md Yunan berkata video itu "paling cepat" pernah dihasilkan pasukannya.
SGT2 Lim, 23 tahun, seorang teknisyen perubatan kecemasan, WO2 Nursyahrin, 32 tahun, seorang anggota bomba, dan Koperal (CPL) Faris Azhari Ridzuan, 21 tahun, seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa, adalah duta media sosial Balai Bomba Tampines, dan bakat kreatif di sebalik video tular yang meraih jutaan tontonan itu.
Video paling popular di akaun Instagram balai bomba itu adalah trend tarian lagu La La La, oleh artis Korea Selatan, Moai. Video itu setakat ini sudah menerima lebih 14 juta tontonan dan lebih 700,000 tanda suka selepas ia dimuat naik pada awal Disember.
BINCANG IDEA, PILIH BAKAT
Balai Bomba Tampines mula melantik duta media sosial mereka sendiri, sekitar dua tiga tahun lalu, kata SGT2 Lim.
Bersama rakan sekerjanya mereka memuat naik catatan dan video di akaun Instagram balai bomba itu sejak ia mula aktif pada Februari 2023.
Bercakap dengan Mediacorp, pasukan dianggotai tiga duta itu memantau trend popular dan menghasilkan idea bagi video mereka melalui 'trendjacking'.
'Trendjacking' adalah satu bentuk penciptaan kandungan dan strategi pemasaran untuk mendampingi penonton dan menarik perhatian kepada perkhidmatan atau jenama yang ditawarkan.
Membuat rakaman 'reels' boleh mengambil masa secepat beberapa minit sahaja sehingga bebera jam. Salah satu reels yang mengambil masa yang lebih panjang untuk dihasilkan ialah cabaran lagu 'Double Life' oleh pemuzik Amerika, Pharrel Williams.
Pasukan itu juga cuba memaparkan lebih ramai kakitangan dalam pakaian hazmat, kerana Balai Bomba Tampines adalah salah satu daripada enam balai bomba hazmat di Singapura.
Bakat yang dipilih untuk setiap reels video adalah penting kerana mereka akan dipamerkan kepada orang ramai, kata SGT2 Lim.
Biasanya, kakitangan akan ditanya sama ada mereka ingin mengambil bahagian dalam rakaman. Bagi beberapa video, seperti video Apt, duta media sosial "tidak perlu tanya" kerana ramai yang menawarkan diri, kata CPL Faris.
Kadangkala ia "agak mencabar" kerana ada rakan kerja mereka yang mungkin rasa malu untuk berada di depan kamera, kata WO2 Nursyahrin.
Salah satu bakat yang menjadi kegemaran pengguna online adalah Lans Koperal (LCP) Ethan James Chang.
LCP Chang terlibat dalam video trend La La La, video tarian pertama yang dihasilkan untuk pasukan tersebut.
Bagi reels paling tidak dapat dilupakan, pula adalah "cabaran ketuhar", iaitu salah satu trend yang tular di TikTok.
Ia melibatkan seseorang duduk atau berdiri sambil berpusing, sama seperti pinggan di dalam ketuhar.
Rakaman paling membawa kenangan manis bagi CPL Faris melibatkan rakan sekerja daripada pasukan berbeza.
TERKEJUT DENGAN RESPONS ORANG RAMAI
Selain menghasilkan idea untuk reels dan kadang kala turut menjadi bakat dalam video, ketiga-tiga duta media sosial itu juga bertanggungjawab menyunting, menghasilkan dan mengarah video.
Dalam kalangan tiga duta itu, hanya CPL Faris yang ada latar belakang dalam media sosial. Dia memiliki diploma komunikasi massa dan juga pengalaman bekerja sebagai juruvideo dan penyunting untuk sebuah agensi, sebagai sebahagian daripada latihan amalinya.
Ketika menjalankan tugas, ketiga-tiga duta berkongsi tugas dan bergilir-gilir menyunting setiap video.
Ketika ditanya sama ada ia sukar untuk mengimbangi tugas mereka sebagai pekerja barisan hadapan dan duta media sosial, SGT2 Lim berkata ia boleh menjadi mencabar namun ketiga-tiga mereka sangat suka dengan pekerjaan mereka.
"Kami suka peranan utama kami iaitu untuk menyelamatkan nyawa dan tangunggjawab tambahan ini sebagai menjadi duta media sosial hanya menambah keseronokan dalam pekerjaan kami."
Video yang melibatkan tarian, khussunya menerima sambutan baik oleh orang awam.
"Sebagai bomba dan pekerja barisan hadapan, kadang-kala pekerjaan kami sangat serius. Jadi untuk membuat reels yang tidak serius, mengikut trend, dan ramai yang suka, sebenarnya ia mengejutkan saya, dan saya sangat gembira,' kata WO2 Nursyahrin.
CPL Faris berkata dia bersyukur atas sokongan daripada orang awam dan masyarakat.
Bukan hanya orang awam, mereka yang dekat dengan pasukan media sosial itu juga merupakan peminat tegar.
Rakan dan keluarga CPL Faris sering memberi tanda suka dan berkongsi video, serta memberitahunya bahawa dia melakukan tugas yang baik.
Mereka juga merupakan yang terawal untuk memberi komen di video yang memaparkan CPL Faris.
Bagi CPL Chang, apabila dia berada dalam reels, ibu bapanya akan berkongsi video "bersama semua orang", termasuk anggota keluarga lain dan rakan-rakan mereka, katanya.
CPL Chang juga ditegur orang awam ketika di luar, dan bertanya sama ada dia adalah abang bomba dari Balai Bomba Tampines.
CPL Chang berkata dia rasa agak "pelik" apabila ditegur di tempat awam. 'Ia adalah pengalaman baharu untuk saya".
Tambahnya, salah satu tujuan reels tersebut adalah untuk mempromosikan acara rumah terbuka mereka yang diadakan setiap Sabtu, untuk mendekati orang awam tentang operasi, peralatan, latihan dan tugas balai tersebut.
Pasukan itu juga menyaksikan lebih ramai orang datang ke acara rumah terbuka mereka, sejak reels mendapat perhatian ramai, kata SGT2 Lim.
WO2 Nursyahrin berkata pengunjung akan memberitahu mereka seronok menonton reels yang dibuat, kerana menunjukkan "aspek kakitangan seragam yang berbeza".
"Saya sangat gembira ketika mendengar komen itu," tambahnya.
Pasukan itu juga rasa teruja membaca komen daripada pengguna media sosial, dengan ada yang menetap di luar negara.
CPL Faris berkata: "Kami hanya ingin menunjukkan bahawa kami manusia biasa yang juga menikmati masa bersama dan peluang untuk ketawa bersama."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.