Skip to main content

Gaya Hidup

Video 'lipsync' bapa dan anak ini jadi viral, dapat perhatian Maroon 5

Aksi comel bapa dan anak yang menjadi viral baru-baru ini melalui video 'lipsync' lagu 'Girls Like You' dendangan Maroon 5 dalam bilik mandi menarik perhatian ramai netizen dari seluruh dunia, termasuk kugiran itu sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Video 'lipsync' bapa dan anak ini jadi viral, dapat perhatian Maroon 5

(Gambar: @mydarlingmyla/Instagram)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 02:34PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 02:38PM

KUALA LUMPUR: Aksi comel bapa dan anak yang menjadi viral baru-baru ini melalui video 'lipsync' lagu 'Girls Like You' dendangan Maroon 5 dalam bilik mandi menarik perhatian ramai netizen dari seluruh dunia, termasuk kugiran itu sendiri.

Menurut laporan Astro Awani, video yang dikongsi si ibu, Trina Wesson, di Instagramnya sudahpun ditonton hampir 10 juta kali!

Menerusi video itu, Myla, dua tahun, dilihat melakukan gerakan bibir atau 'lipsync' pada lagu Maroon 5, Girls Like You, bersama bapanya di hadapan cermin di bilik air.

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Myla yang nampak benar-benar dapat mengikuti setiap patah perkataan dalam lagu berkenaan.

Video itu turut mendapat perhatian Maroon 5 sendiri yang bukan setakat 'like' video tersebut, tetapi tidak ketinggalan meninggalkan komen.

"Ini sangat bagus," tulis Maroon 5 di ruangan komen, seperti yang ditukil oleh Astro Awani.

Wesson, seorang jurugambar yang kini bermaustautin di Oregon, Amerika Syarikat, dan suaminya berkahwin enam tahun lalu dan Myla adalah anak sulung mereka.

Menurut laporan Astro Awani, Wesson yang bakal melahirkan anak keduanya tidak lama lagi, mengucapkan terima kasih atas sambutan terhadap video itu di laman Facebooknya, serta menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat luar biasa.

"Masih terkejut dengan penerimaan luar biasa orang ramai. Terima kasih, semua ini sangat 'gila'!" tulisnya. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita