Video Balai Bomba Tampines semakin tular; pikat jutaan tontonan
Anggaran Waktu Membaca:

Petikan skrin video TikTok
SINGAPURA: Balai Bomba Tampines menjadi tular di alam siber kerana kandungan Instagramnya yang lucu lagi menghiburkan.
Apa yang bermula sebagai cara untuk menarik orang ramai mengunjungi rumah terbuka mingguannya, akhirnya mengubah kakitangan barisan hadapan di balai bomba tersebut seolah-olah menjadi 'selebriti'.
Memadamkan kebakaran, menyelamatkan nyawa dan kini, membuat video tular.
Para petugas barisan hadapan di Tampines ini mendapat sambutan hangat di wadah media sosial Instagram.
Video-video yang dimuat naik ke Instagram balai bomba itu mendapat jutaan tontonan.
Balai bomba ini mempunyai tiga duta media sosial yang secara bergilir merancang dan menerbitkan video.
Pun begitu, ia memerlukan usaha seluruh balai bomba untuk menjayakan video-video terbitannya.

Unit-unit berbeza ikut serta untuk memaparkan peranan mereka, termasuk pasukan paramedik serta yang menjadi kegemaran ramai, pakar hazmat.
Anggota Bomba & Duta Media Sosial Korporal Faris Azhari Ridzuan berkata: "Biasanya kami akan cuba dan bertanya. Misalnya, saya rasa untuk (lagu) APT, kami tidak perlu banyak bertanya siapa ingin melakukannya.
"Saya rasa ramai yang tampil secara sukarela untuk (video) itu. Sifat semula jadi trend itu sendiri, saya rasa membuat sesetengah orang lebih terbuka untuk berkata 'saya betul-betul ingin buat trend ini'."
Video-video sedemikian berjaya memikat lebih ramai pengunjung ke rumah terbuka balai bomba itu pada setiap Sabtu.
Ia bertujuan mendidik orang awam tentang operasi balai bomba, peralatan serta tanggungjawabnya.
Merakamkan video boleh mengambil masa antara beberapa minit hingga beberapa jam.
Para petugas barisan hadapan berkata penampilan mereka di media sosial dapat menonjolkan sisi berbeza di luar bidang kerjaya mereka.
Pegawai Bomba & Duta Media Sosial WO2 Muhammad Nursyahrin Md Yunan berkata: "Saya rasa sebagai pegawai bomba dan petugas barisan hadapan, kadangkala skop pekerjaan kita lumrahnya amat serius.
"Jadi dengan adanya klip mengikut trend yang menghiburkan hati sebegini, ia memberikan gambaran lebih menyeluruh dan tulen tentang petugas barisan hadapan secara keseluruhan."
Walaupun akur adakalanya sukar untuk mengimbangi tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dengan tuntutan media sosial, namun para pegawai bomba ini mengaku menikmati kedua-duanya.
Bahkan, mereka sudah bersedia merakamkan lebih banyak kandungan menarik.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.