Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Versi 'Singlish' Wordle, Word-leh raih hampir 10,000 pemain dalam satu malam

Anggaran Waktu Membaca:
Versi 'Singlish' Wordle, Word-leh raih hampir 10,000 pemain dalam satu malam

Gambar: Word-leh/CNA Lifestyle

Diterbitkan : 10 Feb 2022 12:58PM Dikemas Kini : 10 Feb 2022 12:59PM

SINGAPURA: Jika anda salah seorang peminat tegar permainan teka kata Wordle dan inginkan cabaran tambahan, anda pasti gembira kerana kini ada versi 'Singlish'.

Meski baru dilancarkan bulan ini, permainan versi 'Singlish' itu sudah berjaya memikat ribuan pemain.

CNA Lifestyle menemu bual pencipta Wordle versi 'Singlish' itu, Sha-Mayn Teh, warga Singapura yang menetap di New York.

Apa latar belakang anda?

Saya sebenarnya mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan sofwe.

Saya memimpin pasukan kejuruteraan di syarikat Google dan beberapa syarikat pemula.

Mengapa anda hasilkan Wordle versi 'Singlish'? Apa inspirasi anda?

Word-leh lahir daripada persahabatan dan semangat masyarakat.

Saya gemar bermain teka-teki perkataan dan sudah bermain Wordle bersama keluarga dan teman di seluruh dunia selama berminggu-minggu lamanya.

Saya rasa ia adalah sesuatu yang menakjubkan di mana semua orang dapat menyelesaikan cabaran dan berpeluang untuk berhubung dengan pemain lain pada masa yang sama.

Kawan baik saya, Leigh Pasqual mencetuskan idea bagi versi 'Singlish' dengan satu perkataan kesukaan saya: 'Bojio".

Saya mulanya merancang untuk membina aplikasi itu daripada asas, mujur saya menemukan klon Wordle daripada sumber terbuka dan mengubah suainya untuk menyokong perkataan 'Singlish'.

Bilakah anda melancarkan Word-leh?

Saya menghantar rangkaian permainan itu pada 1 Februari kepada kenalan rapat dan keluarga.

Beberapa kawan saya memuat naiknya di media sosial pada Selasa (8 Feb) dan ia mula menarik perhatian orang ramai.

Berapa lama untuk menghasilkan Word-leh?

Saya mengambil masa sehari untuk menghasilkan lelaman itu dan membangunkan senarai perkataan 'Singlish' lima huruf daripada kamus online.

Sejak itu, saya sudah menambah lebih banyak lagi perkataan dan mengemas kininya setiap hari. Saya mendapat sokongan dan maklum balas daripada rakan-rakan saya.

Apakah persamaan Word-leh dengan Wordle? Ada cabaran harian?

Word-leh hampir sama dengan Wordle namun tanpa "mod susah".

Jawapannya adalah perkataan 'Singlish', namun anda masih boleh membuat tekaan dalam bahasa Inggeris. Anda juga akan mendapat satu cabaran dalam sehari. Kandungan cabaran yang ada sekarang boleh tahan selama dua bulan.

Boleh anda kongsi maklum balas mengenai permainan Word-leh?

Terdapat hampir 10,000 orang bermain Word-leh semalam! Ramai pemain teruja terutama sekali peminat Wordle yang sudah mula bermain Word-leh setiap hari.

Namun, ada sedikit kontroversi tentang ejaan seperti "walao" atau "walau" dan beberapa aduan tentang perkataan yang tidak disenaraikan.

Apakah perasaan anda tentang respons setakat ini?

Saya gembira kerana Word-leh berjaya meraih populariti dalam masa yang singkat.

Saya banyak ketawa dan dapat berhubung dengan individu lain dan membincangkan lebih banyak perkataan 'Singlish'.

Ini semua hanya untuk hiburan semata-mata!

Bagaimanakah anda menilai Word-leh dari segi tahap kesukarannya berbanding Wordle?

Saya rasakan pada mulanya ia lebih susah sedikit kerana tidak ada banyak perkataan 'Singlish' dengan lima huruf.

Panduan yang boleh saya berikan adalah untuk meneka dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Jika anda buntu, anda boleh mendapat bantuan daripada, Spiaking Singlish oleh Gwee Li Sui dan Kamus Inggeris Coxford oleh Colin Goh.

Apa rancangan anda seterusnya buat Word-leh?

Saya terbuka menerima cadangan. Saya mungkin membuat versi enam huruf. Huat ah!

Anda boleh mencuba permainan Word-leh di sini,

Wordle juga telah mengeluarkan versi Bahasa Melayu, digelar Katapat.

Perkataan-perkataan yang digunakan menggunakan Kamus Dewan yang disediakan Dewan Bahasa & Pustaka.

Anda boleh main Katapat di pautan ini https://www.projecteugene.com/katapat.html 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan