Skip to main content

Gaya Hidup

Van buruk jadi tempat penginapan Airbnb

Jika anda inginkan satu kelainan bagi percutian anda kali ini, mungkin anda boleh mencuba ke Norway di mana anda akan dapat menginap dalam sebuah van 'Mercedes-Benz L406' yang sudah berusia 50 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Van buruk jadi tempat penginapan Airbnb

Van ini satu alternatif tempat penginapan di Norway. (Petikan gambar dari video YouTube)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 09:43AM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 09:51AM

HVITSEN: Cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi. Pastinya, ramai sudah mula membuat rancangan untuk melancong ke luar negara. Jika anda inginkan satu kelainan bagi percutian anda kali ini, mungkin anda boleh mencuba ke Norway di mana anda akan dapat menginap dalam sebuah van 'Mercedes-Benz L406' yang sudah berusia 50 tahun.

Ya, itulah antara penginapan yang ditawarkan di laman Airbnb bagi mereka yang merancang untuk ke Hvitsen! Meskipun kenderaan itu sudah sangat 'tua', ia diubah suai dengan cantik sekali sehingga pelancong terjamin berasa selesa dalam ruang kecil di tengah-tengah hutan Norway.

Sejarah yang tersirat di sebalik van tersebut disingkap dalam satu video yang dimuat naik ke laman YouTube. Ia sebenarnya dibina pada 1968 di kilang Düsseldorf. Ia kemudian digunakan sebagai sebuah trak bomba selama 25 tahun di Gothenburg.

(Gambar-gambar dipetik dari video YouTube)

Kini, ia milik pasangan yang dikenali sebagai Cik Benta dan suaminya, Encik Pal di Norway. Mereka menawarkan kenderaan unik mereka itu di wadah Airbnb.

Asalnya, kenderaan itu berwarna biru. Namun, ia diubah suai menjadi warna merah jambu dan kemudian dilengkapi dengan katil dan barang-barang perhiasan lain, persis seperti bilik tidur dalam sebuah bangunan.

Lebih menarik lagi, jika anda memilih van ini, anda akan dapat menikmati pengalaman yang luar biasa kerana akan dikelilingi pokok-pokok yang memberi anda ruang privasi.

Mungkin, van Mercedes ini juga mampu mencetuskan ilham bagi anda yang ingin mendapat sumber pendapatan sampingan. Selamat mencuba! 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita