Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Usahawan muda kian bijak manfaatkan media sosial

Ramai golongan muda yang tidak mahu ketinggalan merebut peluang membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka di ruang media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Usahawan muda kian bijak manfaatkan media sosial

Muhammad Nurman Selamat mula menonjolkan bakatnya di Instagram secara serius dengan memuat naik gambar-gambar serta video karyanya di @norman_artz. (Gambar-gambar: Helmy/BERITAMediacorp)

BERITAMediacorp: Media sosial bukan lagi setakat wadah untuk berkongsi gambar-gambar dan video peribadi bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi sebahagian golongan Milenial, yang berusia antara 18 dengan 34 tahun, mereka memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan media sosial untuk memperkasa diri serta 'mencari makan'.

Dewasa ini, begitu ramai golongan muda yang tidak mahu ketinggalan merebut peluang membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka di ruang media sosial. Tidak kira, sama ada mereka baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan mahupun yang sudah berpengalaman.

BERITAMediacorp bertemu tiga anak muda dari latar belakang berbeza untuk mengetahui bagaimana mereka memupuk semangat keusahawanan menerusi teknologi baru dan media sosial, khususnya di laman Instagram.

MEDIA SOSIAL ANTARA WADAH BANTU PENUHI CITARASA PELANGGAN YANG KIAN BERUBAH

Berbekalkan restu ibu bapa, Muhammad Nurman Selamat, 23 tahun, mula menonjolkan bakatnya di Instagram secara serius pada tahun lalu. Dengan modal $100, beliau mula memuat naik gambar-gambar serta video karyanya.

Antara karya seni yang dihasilkan Nurman dalam tempoh kurang 3 jam. (Gambar: @norman_artz)

Antara karya seni yang dihasilkan Nurman dalam tempoh kurang 3 jam. (Gambar: @norman_artz)

(Gambar: @norman_artz)

“Hari rehat saya, saya akan cari waktu malam atau bukan hari rehat apabila saya pulang waktu malam dan semua sudah tidur dalam rumah saya, saya jadi macam burung hantu. Di luar bilik saya, saya akan lukis malam-malam. Kerana, malam waktu yang tidak ada orang akan mengganggu, jadi saya rasa waktu itu yang sangat sepi dengan lagu muzik dimainkan buat saya menjadi fokus dengan seratus peratus," kata Nurman yang minat melukis sejak kecil lagi.

(Gambar: @norman_artz)

Nur Adilah Anuar menggunakan Instagram untuk meneroka peluang baru dan mendampingi para pengikut yang berpotensi dijadikan pelanggan.

Pasangan Khairul Amri Mohd Sidik dan Siti Nadzirah Hassan, menawarkan 'detik-detik Instagrammable' kepada pelanggan.

Selain itu, pada awalnya mereka juga berdepan dengan kebimbangan anggota keluarga masing-masing terhadap keputusan mereka untuk menceburi bidang perniagaan. Namun, mereka berjaya meyakinkan keluarga yang akhirnya memberikan sokongan.

“Mereka mengingatkan kami bahawa apabila berniaga akan ada risiko. Tetapi, kami dapat meyakinkan mereka tentang perlunya tidak melepaskan sesuatu peluang apabila ia muncul,” kata Amri, yang sebelum ini pernah bekerja dalam bidang kewartawanan selama hampir dua tahun. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan