Usah pandang remeh apabila rambut mula gugur, atasi segera sebelum terlambat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan
SINGAPURA: Masalah rambut gugur sering menjadi isu yang sensitif dan mengecewakan terutama jika usia anda masih muda. Rata-rata rambut pada kulit kepala kita tumbuh anggaran setengah inci setiap bulan. Semakin usia meningkat, kadar pertumbuhan rambut selalunya akan menjadi lebih perlahan.
Hari ini tidak kira usia dan jantina, ramai yang mengalami masalah keguguran rambut. Menurut satu kajian, wanita Asia Tenggara terutamanya didapati menghadapi risiko rambut gugur yang paling tinggi. Puncanya, selain menghadapi masalah seperti tekanan, ramai yang juga mengamalkan penggunaan produk penjagaan rambut yang salah atau tidak sesuai dengan kulit kepala dan rambut masing-masing.

Dengan penggunaan produk yang tidak sesuai secara berterusan, kesihatan rambut akan mula merosot dan lama kelamaan menjadi rosak. Ada yang mengalami rambut gugur, berkelemumur, kulit kepala gatal dan sebagainya.
Masalah ini boleh berpunca daripada tersalah pilih jenis produk penjagaan rambut atau jika kerap menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang tidak serasi dengan kulit kepala anda lalu menjejas kesihatan rambut dalam jangka panjang.
Selain itu terdapat juga golongan yang mempunyai masalah rambut gugur disebabkan oleh faktor keturunan yang juga digelar androgenetic alopesia. Masalah ini selalunya bermula dari usia antara 12 hingga 40 tahun dan apabila usia mencecah 50an tahun, masalah keguguran semakin sukar untuk dikawal.
PUNCA RAMBUT GUGUR
Menurut kajian terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebab rambut gugur secara berlebihan. Selain faktor genetik, diet seharian, wanita hamil, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan cara penjagaan rambut serta kulit kepala turut menyumbang pada punca masalah keguguran rambut.

Apabila rambut gugur secara berlarutan tanpa ditangani ia boleh menyebabkan kebotakan. Menurut kajian, masalah ini juga sering dihadapi oleh kaum lelaki dan terdapat pelbagai jenis masalah rambut botak.
Antaranya, rambut gugur keterlaluan yang berpunca dari tekanan yang berlebihan pada setiap helaian rambut. Tekanan berlebihan boleh menjadi punca rambut tertarik keluar dan boleh membuat folikel rambut rosak.
Selain itu, ada juga masalah rambut gugur yang berlaku tiba-tiba secara bergumpulan. Ia disebabkan banyak folikel yang terlalu cepat memasuki fasa rehat iaitu fasa sebelum rambut gugur. Masalah kebotakan ini jarang berlaku tapi biasanya jika wanita yang menghadapi masalah ini kesannya boleh dilihat jelas dan boleh berlarutan jika tidak ditangani segera.
LEBIH RAMAI JEJAKA BOTAK
Tidak kira usia, setiap lelaki mempunyai jenis-jenis rambut yang berbeza. Ada yang berambut lebat dan ada juga yang mengalami masalah seperti keguguran atau rambut menipis pada usia yang muda. Bagi sesiapa sahaja, jika melalui masalah rambut gugur atau botak pada usia muda, ia pasti merupakan satu mimpi ngeri dan memberi kesan pada keyakinan diri.

Jenis rambut manusia banyak dipengaruhi oleh faktor genetik, tapi ia tidak seharusnya menjadi faktor keseluruhan semata-mata. Apa pun masalahnya, terdapat pelbagai cara dan alternatif serta amalan yang boleh dicuba untuk memastikan masalah rambut tidak terus menjejas personaliti anda.
Menurut kajian, faktor utama kenapa lelaki lebih ramai botak berbanding wanita kerana ia berpunca dari masalah Androgenetic Alopecia, masalah keguguran rambut yang berlaku dari penghasilan hormon dalam tubuh yang digelar dihydrotestosterone atau DHT. Hormon ini didapati mengikat pada bahagian folikel rambut dan menyebabkannya mengecut serta tidak akan tumbuh lagi.
Kajian juga menunjukkan lelaki lebih cenderung untuk mempunyai paras hormon testosterone yang lebih tinggi berbanding wanita. Lantas, ia menjadi antara punca mengapa lelaki lebih ramai mengalamai masalah botak berbanding wanita. Dengan kata lain, jika paras DHT dalam tubuh kita tinggi, anda akan lebih cenderung untuk mengalami masalah rambut gugur.
Namun jika masalah ini ditangani segera, ia boleh dirawat. Walaupun ada kalanya rawatan memakan masa, apa yang penting anda harus berusah dan yakin. Perubahannya tidak akan dilihat dalam sekelip mata.
Ada kalanya ia memakan masa berbulan dan bertahun untuk melihat perubahannya. Apa pun, usah berputus asa! Tidak kira jantina, pemakanan, diet dan rawatan tertentu boleh membantu anda menangani masalah rambut yang dihadapi.
5 AMALAN RAMBUT SIHAT
Vitamin
Diet dan pemakanan meruapkan perkara yang penting bagi setiap individu tidak kira usia. Anda adalah apa yang anda makan. Contohnya, ikan dan sayuran diperkaya dengan vitamin A dan D yang dapat membantu mengekalkan dan merangsang pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
Elak air panas
Ramai yang masih mengamalkan untuk cuci rambut dengan air panas. Tahukah anda air bersuhu panas merupkan antara punca kerosakan rambut. Air panas tidak baik untuk kesihatan rambut. Selain menjejas tekstur rambut, ia juga boleh menjejas akar rambut. Ia akan membuar rambut kusam dan punca rambut bercabang.

Kafein
Ramai diantara kita yang mesti mulakan pagi hari dengan secawan kopi. Ada yang tidak dapat berfungsi atau fokus di waktu pagi tanpa kopi. Namun kandungan kafein dalam kopi memberi kesan yang kurang baik untuk jangka masa yang panjang kepada rambut. Tahukah anda, pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat besi. Lantas, menjadi punca rambut mudah rapuh dan gugur.
Senaman
Tidak kira jantina, senaman merupakan antara rutin yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan setiap individu. Ia bukan sahaja manfaatkan tubuh dari segi fizikal tapi juga dapat memberi ketenangan pada minda dan sekaligu mengurangkan stres. Senaman membantu untuk melancarkan pergerakan darah dalam tubuh. Bagi yang kurang bersenam dan mengalami stres, ia boleh memberi impak pada rambut anda!
Salah produk
Sebelum membeli atau meggunakan produk rambut, ambil masa untuk baca dulu label dan kandungannya. Tidak semua syampu atau perapi yang serasi untuk rambut dan kulit kepala anda. Pastikan untuk membuat pilihan yang tepat dan elak daripada terikut-ikut menggunakan produk yang digunakan oleh orang lain. Ia mungkin serasi bagi mereka tapi tidak pada anda. Buat pilihan yang tepat!

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.