Skip to main content

Gaya Hidup

Usah leka: Amalan diet seimbang, senaman penting bagi kesihatan di tengah pandemik

Pengamalan gaya hidup sihat menerusi diet seimbang dan senaman adalah penting di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Usah leka: Amalan diet seimbang, senaman penting bagi kesihatan di tengah pandemik

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 19 Dec 2021 07:30PM

KUALA LUMPUR: Pengamalan gaya hidup sihat menerusi diet seimbang dan senaman adalah penting di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Pensyarah Kanan dan Timbalan Pengarah Kajian dan Penyelidikan Pusat Sains Sukan dan Senaman Universiti Malaya Dr Sareena Hanim Hamzah berkata ini adalah penting kerana dunia kini terus diancam dengan kemunculan virus varian baru.

“Sambil mengamalkan satu gaya hidup yang seimbang, kita sepatutnya sentiasa memerhati kebiasaan diet kita bagi menyediakan tenaga dan nutrient mencukupi untuk tubuh dan elakkan daripada makan berlebihan. 

"Untuk kekal aktif, para individu disarankan melakukan aktiviti fizikal aerobik dengan intensiti sederhana selama 150 hingga 300 minit sepanjang minggu bagi meraih manfaat kesihatan yang ketara kerana ia juga membantu meningkatkan endorfin dan mengurangkan tekanan.

"Pelan diet yang sihat dan seimbang seharusnya mengandungi protein dalam makanan seharian selain karbohidrat dan lain-lain nutrient serta protein kocak yang berfungsi sebagai pelengkap kepada elemen diet lain kerana senaman tetap bersama kebiasaan pemakanan yang sihat boleh menjurus kepada gaya hidup seimbang,” katanya dalam satu webinar bertemakan “Start Your Day Right With A Nutritious Drink” anjuran Amway Malaysia. 

Seorang lagi ahli panel webinar itu, pakar diet Indra Balaratnam berkata diet yang sihat dapat menyokong sistem imun individu menerusi pengambilan diet yang kaya dengan zat.

“Protein adalah nutrient makro kepada tubuh kita dan dipecahkan kepada asid amino. Ia penting untuk tumbesaran, penyelenggaraan tisu badan, kawalan metabolisme yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat, mengawal kelaparan dan mempercepatkan pemulihan otot.

"Anda boleh mendapatkan kebaikan protein asli daripada daging, ikan, telur, tauhu, kekacang dan produk tenusu," katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita